
|
Assalamualaikum ![]() Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words. May Allah bless you. Reminder
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine ![]() ![]() ![]() |
Seiras Zur Eda Tercari2 juga bahagian wajah yg mana iras denganku. Matanyakah, hidungnyakah, senyuman manisnyakah atau tahi lalatnyakah( hehe, xde tahi lalat kat pipi, bawah mata adalah). Kemudiannya aku masuk lagi ke laman web yang bole menganalis wajah kite kepada wajah selebriti dunia yang hampir seiras dengan gambo yg telah kiter uploadkan. Dan hasilnya...jeng,jeng,jeng....mmg xde langsung gambo zur eda tersenarai kat situ. Untuk gambo pertama, wajah seiras kana...huhu,sape la pulak kana nie, yang aku tahu buah asam kana yg manis2 tu sbb penah makan masa kecik2 dulu. Dulu2 masa belaja kat universiti, ada juga kawan yg kata muka aku macam si sammy nie. Entalah, oleh kerana dulu masa belajar, muka aku merah dengan jerawat, nak tgok muka sendiri masa tue pun macam malas jer, lagi nak pk muka org lain yg sama macam aku...mmg tak kuasa. Macam Beyonce pulak, mmg wajah artis yg seiras akan berubah mengikut gambar yg diupload. Bagi anak ain, tak kisahla muka iras macam artis ke tak. Kadang2 kiter nie kalau dapat seiras wajah org yg tak berapa nak lawa tak nak ngaku sama, tapi bila dapat seiras yg lawa mulalah timbul riak dan bangga. Ape2pun, kak Zur Eda nie mmg manis dan lemak merdu suaranya. Bagi sesiapa yg tak penah dengar lagu yg dinyanyikan oleh beliau, sila klik SINI Labels: perspektif anak ain Not Easily Broken Filem ini mengisahkan pasangan suami isteri yang mengharungi hidup rumahtangga. Kedua2nya bekerja tetapi kerjaya si isteri(broker hartanah) lebih baik dan mantap dr suami (pengumpul dan penjual barangan terpakai) sehingga membuatkan isteri lupa tanggungjawab, kerap meninggi suara, membangkang kata2 suami dan lebih mendengar cakap ibu lebih dari suaminya sendiri (kira kes campur tangan mak mertua la nie). Karakter suami pula, lebih banyak mendiamkan diri, terlalu bertolak ansur hingga akhirnya diri sendiri tidak diperdulikan. Impian si suami adalah untuk memiliki zuriat sendiri tetapi si isteri tidak bersedia di samping hobi sampingan si suami sebagai jurulatih besbol kanak2 dan sering berada di padang berbanding di rumah seringkali menjadi punca perbalahan antara mereka. Dalam pada itu, berlaku kemalangan yg tidak terduga hingga menyebabkan si isteri tersebut lumpuh dan perlu menjalani rawatan khusus dan ini membuahkan pertemuan pasangan ini dengan seorang jurulatih rawatan terapi. Si suami yang begitu sabar menjaga kebajikan isteri walaupun diri sendiri teruk kena maki kemudiannya telah terpaut hati dengan kelembutan serta keprihatinan pelatih tersebut dan secara terus terang telah memberitahu perasaan hatinya itu pada si isteri dalam satu petengkaran hingga akhirnya lelaki tersebut angkat kaki meninggalkan rumah mereka. Dalam kesepian seorang diri ditinggalkan barulah isteri tersebut menyedari betapa pentingnya kehadiran seorang suami disisinya. Si isteri berusaha sedaya upaya memujuk semula suaminya agar kembali dan yang lebih baik, suaminya menyambut kemaafan dari isteri tersebut walaupun telah digoda berulangkali dengan jurulatih rawatan terapi namun cinta si suami tidak berubah dan tertumpah hanya untuk isterinya sahaja. Pengakhiran cerita, isteri tersebut hamil dan impian suami untuk memiliki anak tercapai...noktah.Bagi anak ain, banyak pengajaran bole kiter dapat dalam cerita nie. Antaranya:
Rasanya ada banyak lagi pengajaran yg boleh diambil, kalau nak tambah lagi, komenla nanti..ok! Labels: perspektif anak ain Puas Beradu Tidur kena betul2 ikut bentuk, kalau tak ke lantai la jawabnya Rekaan moden inspirasi dari tempat tidur bayi tak cukup bulan dekat hospital Hasil dari kajian ke atas ulat dalam kepompong, maka tercipta tilam yang macam nie gayanya Katil nie tak bole digunakan untuk filem cerita seram, hantu pun takut tak sembunyi bawah katil sebab terlalu terang benderang Khas untuk penggemar burger, nak lagi best spray tilam tue dengan pewangi perasa keju atau cili. Betul ke nie katil? macam pelampung jer. Tak sesuai untuk kanak2, takut hidung tersangkut kat bucu katil. Katil beserta meja yang bole letak biskut, air, maggi, bangun tidor terus sarapan. Ikan jaws nie tak dapat bela dalam kolam,bela dalam bilik pon ok. Yang nie aku suka, ala2 tempat joging hamster Jangan terlebih goyang, takut melantun pindah ke dapur katil nie. Dibuat khas untuk pecinta burung, senang nak tengok proses telur menetas. Bagi anak ain, tak kira la kat katil mahupun lantai, kalau da ngantuk kat mana2 pon bole tertidur. Labels: perspektif anak ain Bersenang Dalam Lubang ORANG kita sibuk membina kediaman mewah di atas bukit nun jauh berkabus diselaputi awan ataupun di tepian pantai berpemandangan indah dengan birunya air laut china selatan... tapi pernahkah antara kita terpikir nak bersenang hidup di dalam lubang? Lubang yang macamana anda bayangkan? Bayangan aku, tentulah sempit, gelap, lemas dan panas...tak selesa langsung. Lebih rela duduk tinggal dalam pondok dari berteleku dalam lubang. Terasa berasal dari spesis cacing la pulak. Tapi dalam ketidaksanggupan aku tak sangka ada juga orang lain yg sanggup. Kagum sekali aku dgn kesanggupan orang puteh Switzerland (salah sebuah negara yg aku berangan nak melencong, kalau duit dlm poket berkepok2 satu hari nant, insyallah), ternyata mereka pakar sehingga ke dalam lubang yg gelap pon bole bertukar hingga terasa begitu mewah. Buktinya, kiter tengok jer gambo2 nie. Pemandangan waktu malam,mcm manala kalau hujan,agak2 bole ke jd tangki simpanan air umah nie. Pandangan dr sudut tepi, mmg bole jimat cat. Warna hijau alam semulajadi jer, untungnya. Alamak, kereta nak parking mana pulak nie, parking rumah jiran pon xpela asal le tido lena dalam bilik mewah ber'air-cond' Selesanya dapur dalam lubang nie, tba2 rasa nak tukar cita2 jadi tukang masak pulak. Tangga kayu pilih yg kena effect makan anai2, mmg kreatif. Pilihan warna yg menarik, kelabu2 asap camnie, mmg aku suka. Tempat mandi manda, xde shower, mandi dalam besen marmar jer sbb kena jimat air takut lantai mewah tu basah. Tak tahu pulak ape fungsi tempat nie. Tempat latih kuatkan kaki la kot, turun naik tangga. Kalau aku da lama da sewakan ruang nie jadi cyber cafe. Best ajak sedara mara tido ramai2 kat bilik nie Bina rumah dalam lubang rupanya mmg kena letak banyak tangga Kalau nak cari rumah nie, senang naik helikopter jer, lau cari naik bas kompom terlepas. Bagi anak ain, mahu tak mahu satu hari nant kiter semua akan hidup dalam lubang juga. Terpulang sama ada nak pilih lubang yg luas,cerah dan selesa atau lubang yg sempit, gelap dan panas dalamnya. Anda tentukan sendiri. Selidiki diri, selidiki hati, masih banyak amal yg perlu dicari, dlm lubang nanti tanggunglah sendiri. Labels: perspektif anak ain Apa yang penting Siapalah kita tanpa keluarga...Bagi setiap perkara yang dilakukan keluarga harus diutamakan. Keluarga sendiri dan keluarga mertua dua2pun perlu diberi perhatian yang sama adil. Sebelum kahwin rasa semua kesenangan yg dimiliki nak diberi pada keluarga..ibu,abah,adik-beradik...bila da kahwin kesenangan dikongsi juga tapi perlu atas persetujuan suami...jika tidak...tahu ajelah nasib para isteri bila tiba hari perhitungan nanti....carilah redha suami masing-masing..mudah2an berkat hidup sebagai seorang isteri di dunia ni...bagi yang ada anak..padanya anaklah segala2nya dalam hidup...alangkah bertuahnya bagi yang berpeluang memilikinya....bagi yang tidak...jangan berhenti berusaha jika tidak mungkin ada hikmah disebaliknya..bersangka baik selalu....yang belum berkahwin?...jgn risau kerana kita masih ada kelurga yg sayangkan kite....yatim piatu?..ingatlah Allah sentiasa dalam diri kita,menjaga dan memerhatikan kiter.... Bila fikir pasal keje,masa 24 jam yang Tuhan beri masih lagi rasa tak cukup. Dalam sehari mana ada masa yang hilang tanpa membuat sebarang aktiviti. Makan dan tidurpun dikira sebagai aktiviti juga...Kerja mmg penting..jika tidak bagaimana mahu menyara keluarga tercinta...ataupun diri sendiri....tapi bila terlebih bekerja boleh datangkan akibat tak baik pula... kadar kematian seperti bunuh diri meningkat terutamanya di negara-negara maju contoh terdekat Jepun, mendapat penyakit darah tinggi dan sebagainya semuanya salah satu faktor akibat drpd stress bekerja (dapat darah tinggi sebab stress adalah pengalaman aku sendiri) Cubalah cari keseronokan sewaktu bekerja...berusaha dengan bersungguh2, buat sekadar yang termampu..jangan abaikan kesihatan, amal ibadat dan keluarga kerana keje yang mmg tiada penghabisannya kecuali da pencen atau letak jawatan.... Bahagian 3: Rakan Cuba kira berapa ramai rakan kenalan yang kita tahu....100..200...1000...berapa orang antara mereka yang betul2 kiter kenal latar belakangnya, berapa adik beradik, mak ayah ada lagi ke tidak..agak2 dalam 10 orang..pastu kira pulak berapa orang yang sanggup susah senang,ketawa menangis sama dengan kite....senyap dan fikir...bila dikira2 xde sorangpun...mmg yg ini seorang pun susah nak cari....andainya dapat lebih dari seorang rakan yg sanggup berkorban untuk diri kita...kitalah insan yg paling bertuah...zaman sekarang sahabat sejati susah dicari...jika terjumpa,jagalah persahabatan tu baik2..jgn sesekali mengkhianati kawan yang kiter ada...Jadi kite ni golongan yang mana..yg pentingkan kelurga..atau kerje...atau rakan... bagi anak ain...saya sayang keluarga saya... Labels: perspektif anak ain Ramadhan ditunggu lebaran lebih dinanti ![]() Suasana sibuk sana sini bercerita tentang persiapan lebaran. Soalan-soalan yg biasa dituju pada aku antaranya: 1. Baju raya da tempah belum? Tahun nie tema warna pe? 2. Kuih raya buat sendiri ke beli jer? 3. Nak tempah langsir baru ke tak tahun ni? Kadang-kadang rasa pelik menyelinap diseluruh pelusuk hatiku... Ramadhan belum disambut, persiapan lebaran sudah tersedia... itulah hakikatnya... Kalau baru nak sibuk tempah baju waktu bulan puasa selalunya tukang jahit da tak terima,tempahan da menimbun katanya bimbang tak sempat siap. Jadi ramailah antara kita dari awal tahun da siap tempah baju,bukan sehelai,bukan dua helai tapi empat lima enam helai...cukup untuk tempoh seminggu ... Kalau kuih raya kena order awal, pilihannya pelbagai, rambang mata nak memilih, kadang2 waktu hari raya bukan di makan sgt,sekadar seronok bila tengok kuih raya pelbagai dalam balang terhidang buat tetamu yg datang. Langsir pula bukanlah item penting yg perlu ditukar stiap tahun cuma rasa mata lebih teruja andai melihat jendela indah dihias dengan tabir yg baru, warnanya pula perlulah berbeza dgn tahun lepas...padahal kalau samapun bukannya tetamu ingat... Itu persiapan syawal...bila ditanya semua kata ok, kalau ramadhan pula bagaimana? Puasa yang tertinggal tahun lepas sudah siap diganti? Agak2 tahun ni cukup tak sembahyang terawih kiter? Mampu tak nak khatam Al-Quran ramadhan tahun nie? Tepuk dada tanyalah iman...mudah2an ramadhan tahun nie membawa lebih keberkatan bagi umat Islam seluruhnya. Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ketika datang bulan Ramadhan: " Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, maka diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa kerana dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup dan Syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada satu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barang siapa yang tidak beramal, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti bulan ini. (HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqi) Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua! Labels: perspektif anak ain Merdeka...Berjiwa 1MALAYSIA ![]() Aku mengaku aku rakyat jati Malaysia, Aku bangga mengatakan rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa, Aku teruja sewaktu melaungkan kalimah keramat merdeka, Namun benar2 berjiwa merdekakah aku? benar2 bejiwa 1Malaysiakah aku? Mengaku satu bangsa satu negara...andai jiran sebelah menyebelah lain bangsa dan agama tapi jarang bertegur sapa... Aku sedar...membentuk jiwa 1Malaysia bukan semudah kata... Aku sedar...dalam celik...aku masih buta... Aku sedar...dalam jaga...aku masih terlena... Aku sedar...dalam cemerlang... aku masih alpa.... Bersempena bulan kemerdekaan...aku cuba memerdekakan hati dan akal demi menyahut perjuangan 1Malaysia Perdana Menteri Malaysia di mana dalam petikan ucapan penuh bermaknanya mengatakan, " 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia" Bagaimana nak memupuk jiwa 1Malaysia dan mengamalkan nilai penting seperti yang diperkatakan?Adakah kita benar2 faham maksud 1Malaysia seperti yg dicanangkan? Pada pandangan mudahku antara yang paling penting ialah perpaduan antara kaum. Oleh itu, mulakan dengan hubungan yang baik sesama kaum . Apakata kita cuba mulakan beberapa langkah dan transformasi mudah seperti: Transformasi pertama: senyuman Apalah salahnya andai kita melayangkan senyuman ikhlas pada jiran sebelah menyebelah yg berlainan bangsa dan warna kulitnya. Mungkin ini langkah awal dalam menjalin hubungan yg baik sesama jiran...ditempat kerja pula sentiasalah tersenyum dengan sesiapa saje walau lenguh otot pipi, senyumlah seikhlas mungkin... Tranformasi kedua: bertanya khabar Cukuplah dengan ucapan selamat, hello, hi dan yg sewaktu dengannya....janganlah asyik bersembang dengan rakan sewarna kulit dgn kiter saje..cuba kita rajin2 berbual dgn rakan lain yg namanya miss yap atau anak lelaki muthusamy ker...walaupn sbnrnya kiter tak faham aper yg dibualkan...takpe layankan... Tranformasi ketiga: bertukar juadah Boleh juga dibuat,bergantung pada situasi dan keadaan...kadang2 hal makanan mmg kena cerewet skit..maklumlah,mencari yg halal tu hukumnya wajib bg umat Islam....tp jgn takut kalau dijelaskan dgn lebih awal secara baik...confirm mereka faham... Transformasi keempat: Elak pandangan serong Cuba jauhkan perasaan curiga dan diskriminasi pada kaum lain...biasala kadang2 perkara camni susah juga nak elak...ada yg kata "ala kaum tu kalau ckp mmg putar belit,tak bole pakai", atau "biasala bangsa tu, da diberi betis nak peha", apa saje prasangka buruk,cubalah kite elakkan demi menyahut seruan baik PM agar berjiwa 1Malaysia. Insyallah, mudah2an kita akan terus dapat menikmati kemerdekaan ini tanpa rasa was2.... Ok..Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakan-rakan pembaca blogku... Labels: perspektif anak ain kenape aku letih bekerja... ![]() Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) : Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku : Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang. Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.... Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja. Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.... Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... Mana aku tak letih!! Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!! P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.... Labels: perspektif anak ain kembar korea ![]() quiz and the result is Song Hye Kyo Anda dan kembar anda merupakan pasangan yang sangat 'cute'. Dari segi penampilan sehingga perwatakan anda berdua amatlah 'cute'. Ramai yang ingin berpasangan dengan anda tetapi anda anggap mereka sebagai teman (tetapi mesra) sahaja. Anda juga berpotensi untuk meremuk hat dan perasaani orang lain dengan menolak cinta dan permintaan mereka. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dalam mengunakan ke 'cute'tan anda tersebut. yg nie bak kata org jawa "yek yek ooooo jer"... aku saje2 jer amik kuiz nie memandangkan minat yg sgt mendalam dengan mailto:drama@sinetron korea...tanyala aper jer citer yg aku tak beli...smua ada dlm collection aku.....(yg best2 jer aku beli...yg jiwang sgt pun aku tak minat)hehehhe... aku mmg terpengaruhla dengan jln citernya sampaikan makanan korea yg dipanggil kimchi tu pun aku suka makan...cuma kat malaysia nie susah cari n mahal skit....tp lau da minat...mmg org mcm aku nie sanggup...... sajian wajah aktor dan aktres korea yg kacak dan jelita mmg menarik minat aku nak menonton... maybe niela hobi org yg blum dapat anak mcm aku....=( lau pk pasal anak buat aku stress lebih baik aku tengok citer korea... minat aku dikongsi bersama adik2 aku yg lain....... termasuk adik aku yg paling solehah si patin....hehehh... aku tak pasti bila aku nak stopkan minat aku nie... yg pastinya buat masa skang aku blum pernah lagi berniat nak stop beli dvd citer korea!!!! tunggula masa akan datang......saper tau kan???? Labels: perspektif anak ain |