
|
Assalamualaikum ![]() Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words. May Allah bless you. Reminder
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine ![]() ![]() ![]() |
Blogpun bercuti siri 1 Pernah terfikir nak jadikan blog nie sbgai blog peribadi lantaran malu dgn gaya penulisan biasa dan cerita2 biasa dr kebanyakan entri2 tapi tak sangka ada juga antara kawan blogger yg prihatin sibuk bertanyakan cerita baru dari aku (terima kasih yer, semoga tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersyg pada 25/06/2010, takziah diucapkan).'Hidup umpama roti.tiba masa akan expired' Meminjam kata2 dr blog adik aku sebgai ingatan buat kita semua. Ayat yg ringkas namun terjemahannya buat hati berdetik memikirkan rumah yg bakal diduduki nanti, insyallah janji Allah itu pasti. Jadi, sama2lah kita beringat. Entri kali ni, aku sekadar nak kongsi cerita sepanjg dua bulan aku menyepi diri. Jadi layan gambar jerla yer! Watak utama adalah anak ain dan suami. Bertugas demi memastikan cuti hujung minggu tidak sia-sia. Lokasi utama mestilah pusat membeli-belah yg paling disukai oleh ibuku 'Maideen". Lepas tu, lokasi yg seterusnya barulah lokasi yg digemari oleh ku pula 'Jusco'.hehe. Si kacak berbaju hitam ini adalah suami anak ain. Orangnya ringkas, tidak cerewet dan senang nak diurus. Bila2 masa diperlukan, dia sentiasa ada disisi. Tak bermakna hidup anak ain tanpa dia. Alhamdulillah, jodoh ini hadiah dr Tuhan utkku. Nama manja wanita jelita ini 'kak Jah'. Sepanjang hidupnya diabdikan untuk bekerja demi membesarkan anak2(Terima kasih ibu). Tiba masa ibu nak pencen, ibu bercita2 untuk hadiahkan semua kwn2 di kilang tempat kerjanya kerongsang. Jadi, tempat yg paling berbaloi utk dia tunaikan impiannya ialah 'Maideen'. Beli secara borong kan lebih menguntungkan.Ibu sgt cermat dan teliti ketika memilih, jadi kami rs mcm nak bwk bantal dgn tilam buat kami baring2 kat maideen ni. huhu. Yang ni adik saya, anak ketiga dari 5 org adik beradik yg lain. Keistimewaan yg paling nyata selain dr kesolehannya ialah mampu tidur tak kira waktu dan tempat. Dalam keadaan duduk, ditempat2 awam yg dia rs selamat, dia pasti ambil kesempatan untuk lelap. Buktinya, dalam banyak2 barang yg dijual di Maideen, adikku memilih utk membeli bantal golek berbentuk botol susu. Kalau diberi pilihan antara botol susu dgn gincu...fatin pasti memilih botol susu. Encha, adikku yg plg bongsu. Suka cantik, suka mekap, suka fesyen sama mcm aku. Pilihan utama jika ke Maideen mestilah koleksi cekak rambut, klip2 rambut yg comel sebagai hiasan dirinya yg baru berusia 14 tahun. Kami sama rupa, sama sikap, sama minat tapi tidak sama tinggi. Aku lebih rendah drnya..huhu... Wanita dan gadis2 yg paling aku hargai dalam hidupku. Bergambar di depan kedai perabot kayu jati. Ibu suka, tp harganya mmg mahal. Insyallah kalau ada rezeki lebih, aku akan tunaikan impian ibuku. Jalan2 ke Jusco Bukit Indah pulak. Temankan ibu beli roti kegemaran abah. Sambil tu bolela aku cuci mata. Rasa bersinar2 mata bila nampak koleksi baju yg berwarna warni tergantung kemas disudut kedai. Hasilnya, 3 helai dress comel untuk aku, fatin dan encha. Balik rumah. Singgah menjenguk sepupu yg baru lepas pantang bersalin anak lelaki. Comelnya. Dalam hati berkata, 'Ya Allah kurniakanlah aku zuriat secomel ini, insyallah,amin...' doakan anak ain yer. Bagi anak ain, mmg seronok dapat meluangkan masa dgn keluarga. Kalau ada masa senggang, setiap hujung minggu anak ain pasti pulang ke kampung. Menatap wajah ibu dan abah, buat hati tenang. Melihat gelagat lucu adik2 buat hati anak ain terhibur. Alhamdulillah, anak ain bahagia dikurniakan keluarga yg harmoni. Terima kasih Allah. Labels: ceritera hidup Aktiviti wajib hujung minggu Yang jadi wajib tu bila gaji da masuk, tekan2 mesin atm kuar duit, kalau da tiba hujung bulan tue, tekan2 mesin atm kuar resit jer, takdela jd wajib, hukumnya setakat sunat muakad jerla. Kadang2 mmg sanggup jer kuar bersiar2 biar xde duit pon, memang kategori kaki jalan warisan sifat abah aku. huhu, yang herannya napela aku tak ikut sifat baik ibu aku yg rajin duduk umah, lipat2 kain, berkebun sambil sapu2 halaman rumah. Ish2, aku mmg anak ain( nama manja abah kat umah 'ain') Berbalik semula pada topik, kat sini aku sertakan beberapa gambo yg sempat dirakam. Destinasi pilihan Jaya Jusco Terbrau city. Aku memang lebih suka jln2 kat terbrau berbanding city square yang sesak kat tengah bandar. Peneman setia aku, encik adam pun sependapat denganku. Jalan2 masuk kedai Nike terpandang kasut pink yg comel nie. Alergik betul mata aku kalau nampak benda2 kiut miut yg berwarna pink. Terus saje aku padankan kat kaki, memng cun. Tapi bila tengok tag harga, aku tersengeh2 sambil meletakkan semula kasut tadi dengan berhati2. Mahal, hehehe, lain kali jerla. Tunggu orang hadiahkan. Kalau encik Adam, kasut sukan yang mahal pon dia sanggup beli. Latarbelakang orang sukan nie mmg lain skit. Kalau aku nak beli yang mahal lebih berbaloi kalau melabur kat beg tangan daripada kasut sukan. Pandang, belek2 sambil mengerut2kan kening tebalnya akhirnya.... Nike Gato hitam kuning nie yang jadi pilihan. Makin seronokla malam futsal adam bila dapat menyarung kasut baru nie nanti. Aku tumpang senang bila tengok senyuman ceria adam. Bagi anak ain, selain jalan2 cuci mata kat pusat membeli belah, aktiviti hujung minggu yang wajib tentunya balik ke kampung jenguk ibu dan abah serta adik beradik yang lain. Untungnya kiter bila masih punyai keluarga untuk dijenguk. Mudah2an tak terkilan bila sampai masanya nyawa mereka dijemput. Labels: ceritera hidup Bungkusan dari Yemen Kotak ni tulis arab, lengkap dengan alamat dengan nombor telefon ( suruh aku order lagi la tue, hehehe) Terus jadi model abaya, tapi model yang ayu kat sebelah tu bukan aku yer. Sulaman dan batu permata cantik terhias di hujung lengan. Fesyen Abaya dari pelbagai jenis potongan dan gaya tapi warna pilihan tetap hitam sahaja. Bagi anak ain, fesyen abaya nie mmg selesa dipakai, terima kasih pada rakan (belajar kat yemen) yang susah payah tolong belikan, jasamu tetap dikenang. Rasanya macam nak order lagi 2 ke 3 pasang lagi (nak bagi kat ibu dengan adik2 perempuan yg lain, pastu nak amik kesempatan order 1 lagi untuk diri sendiri,heheh). Untuk yang berminat dan nak tahu lebih lanjut tentang abaya, sila klik SINI Labels: ceritera hidup Kisah Cinta Mereka Kisah Cinta 1 Percintaan sejak di bangku sekolah. Walau dihalang oleh keluarga, tetap juga terjalin secara senyap2. Yang perempuan belajar hingga ke menara gading, si lelaki pula cukup setakat SPM dan mungkin ini menjadi penyebab kenapa hubungan tersebut tak diterima. Bertahun2 meminta restu hingga akhirnya bila usia hendak mencecah ke angka 30 barulah pihak keluarga masing2 berlapang dada menerima cinta dan percaya sudah jodoh mereka. Perkahwinan berlangsung dengan meriah, kedua2 mempelai tersenyum bahagia di atas pelamin, aku juga tumpang gembira, pengakhiran kisah cinta mereka, cinta bahagia. Kisah Cinta 2 Mak kata kalau nak pilih pasangan mestilah yang keje kerajaan. Kata2 itu dipegang erat hingga si lelaki sanggup belajar bersungguh2 hingga akhirnya menjawat jawatan dalam kerajaan. Bila janji da ditunaikan, tiba masanya nak disatukan tapi masih jua bertamu alasan dari keluarga pihak perempuan. Hingga keduanya mengambil kata pisah sebagai jalannya. Kemudian mengikut kata keluarga dan bertunang pula dengan calon pilihan seterusnya, juga orang kerajaan. Tapi mmg sudah tersurat tiada jodoh antara mereka, cinta tidak sampai ke jinjang pelamin. Kini cinta kembali pada kekasih lama yg terpisah dahulunya, sekarang merancang untuk disatukan selepas puas memujuk keluarga menerima pilihan hati seadanya. Andai cinta mereka cinta bahagia, akhir tahun nie makan nasi minyak lagi la gamaknya. Kisah Cinta 3 Bujang atau duda, muda atau tua bukan syaratnya. Cinta kawanku ini tak mengenal batas. Ingat lagi sewaktu majlis konvokesyen kami 2 tahun lepas, menemani dirinya di sebelah seorang lelaki berusia yg layak digelar bapa. Dia bilang, kekasihnya itu terlalu baik untuk ditolak cintanya. Itu kisah cintanya 2 tahun lepas. Kini rakanku ini masih selesa membujang. Jodoh katanya biarlah Tuhan yang tentukan. Aku doakan mudah2an cepat2lah sampai jodohnya. Bagi anak ain, cinta umpama kilat, pantas menyambar dan disambar . Lakaran kisah cinta berbeza2 namun rasa bahagia dan deritanya manusia sama merasa. Labels: ceritera hidup Kini Kau Tiada Farid anyanya kini tinggal kenangan..... Labels: ceritera hidup Makhluk Tuhan paling Sexy tengok kepala pon da tau dia nie ensem.....hehhe.... mata hijau....hidung kembang....perfect sekali........... hidung merah tandanya dia nie sihat....senang jaga anyanya...cuma baru2 nie dia kerap muntah.... tak tau nape....... gigi cukup tak rongak....mmg cukup tajam dan bole buat tangan aku calar balar......... hobi tido dalam plastik bag, dalam kotak...ape saja benda yang ada ruang kosong...diala yg isi kekosongan ruang tersebut .....ikut perangai sape ntah nie....... dia nie anak yatim piatu......mak dia da mati sbb accident...bapak lak ibarat haruan makan anak......semua adik beradik anyanya da kena bunuh dengan bapak sendiri..... nasib baik anyanya dapat diselamatkan....alhamdulillah...anyanya membesar dengan sihat dan jadi penyeri keluarga kami....(da anggap anyanya mcm keluarga sendiri.....) Labels: ceritera hidup Muhammad Adam Haris adam kena mandikan dalam besen...sejuk.... sukanya atuk dapat cucu.... adam dengan nenek pulak....nenek cun.....hehheh.....ibu aku menangis lepas dapat khabar adik ipar aku da mengandung....suka sgt ibu bila dapat jadi nenek.... adam dengan adik aku merangkap ayah dia.....tak sangka da jadi bapak orang da adik aku nie.... Muhammad Adam Haris mudah2an membesar dengan sihat dan jadi insan yang berguna bila besar nant...amin.....doakan maklong(aku la tue) dapat baby lak pasnie yer...... Labels: ceritera hidup Aktiviti cuti tahun baru cina... Selain seronok makan dan tidur kat kampung..aku tak lepaskan peluang bawa adik beradik dan ibuku jalan2...lama tak bawa ibu jalan2....jelas ibu gembira sekali bila aku bawak dia jalan2.....destinasi pilihan tentunya danga bay....kebetulan harijadi adikku fatin jatuh pada 16hb febuari...jadi kira buat sambutan makan besar sekali la......taknak citer panjang..layan gambar jerla..... sebelum keluar jalan posing dulu depan bilik bergambar dengan besday girl...fatin..... yang ni adik bonsu..encha..umur baru 14 tahun tapi lebih tinggi dari aku...huhu... ![]() kereta yang bawak kami jalan2....bodyguard paling ensem kat dunia yang drive....huhu... ![]() sampai jer terus bergambar kat depan rumah limas....kesian fatin x dapat amik gambo...hehhe... sekarang nak gerak gi bazar danga bay pulak...shopping time.... ![]() ingat nak cuba pakai jer..tapi tiba2 terbeli pulak...hehhe... ![]() orang sibuk shopping..budak kecik nie sibuk amik gambo sendiri.... ![]() yang nie pulak..berkira2..nak beli ke tak anak patung dolphin pink tue.... nak makan ke nak tengok tudung..... aik...licin da....sape yang habiskan nie..... hehhe...rupanya dia nie yg habiskan..... Penatnya kami dari petang sampai ke malam....dalam pukul 9 lebih kami bertolak pulang...... Labels: ceritera hidup selamat Ulangtahun perkahwinan alhamdulillah....selamat diijabkabulkan singgahsana raja sehari malam lepas bernikah bilik beradu indah dihias berangan jd cover girl nie....hehhe... bersama sepupu2 tersayang.....sorang da kawen..sorang lagi blom... kasih berpanjangan..insyallah... kenangan indah sepanjang majlis doaku mudah2an ikatan ini kekal dalam kebahagiaan...hingga ke akhir nyawa ku...amin.. Labels: ceritera hidup |