
|
Assalamualaikum ![]() Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words. May Allah bless you. Reminder
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine ![]() ![]() ![]() |
Kerja Kursus Sejarah PMR 2010 TAHUN nie merupakan tahun ke-4 aku diberi tanggungjawab untuk memastikan kerja kursus sejarah tingkatan 3 dapat dijalankan dan disempurnakan sepenuhnya pada waktu yang ditetapkan. Masih teringat lagi waktu kali pertama diberi tugas, berpeluh-peluh nak mengejar murid. Maklumlah, murid zaman teknologi ICT nie, lebih suka mengadap mukabuku(facebook) dari muka buku teks, lagi2 subjek sejarah. Memang cabaran besar nak ubah persepsi murid tentang subjek sejarah 'boring' kepada subjek sejarah 'interesting'. Jika tahun lepas tajuk soalan berkisar tentang bangunan bersejarah, soalan tahun nie lebih mudah dan membuatkan aku tersenyum pabila membacanya, dalam hati terdetik...'senangnya'. Perayaan tradisi kaum di Malaysia, mudah semudah membacanya. Pasti kerja2 mengumpul bahan kajian dalam elemen 1 lebih mudah dan cepat berbanding tahun lepas. Bukan apa, walaupun kajian kerja kursus nie murid yang kena siapkan tapi pada akhirnya nanti guru yang mencari bahan untuk mereka. Lagi2 pelajar kelas2 hujung yang kalau di semak rekod kedatangannya bertelur iaitu '0' setiap hari. Cikgu yang baik hati niela yang tolong bantu mereka, tak sampai hati letak kosong dalam borang markah. Kena pujuk, tepuk2 manja sambil kuarkan surat cinta(surat amaran) barula nak buat. Cukuplah cerita tentang aku yg setiap hari mencipta pengalaman yang manis2 belaka di sekolah sehingga dapat percutian masuk hospital sbb tekanan darah yang naik, selalunya dari bulan mac sampai julai, lepas tu mula bulan ogos barulah normal dan pulih semula. Baiklah,di sini aku sertakan sekali antara contoh kertas soalan kerja kursus yang perlu murid2 PMR tahun 2010 siapkan. Kulit muka hadapan kertas soalan, berdebar2 nak tengok soalan arahan kepada calon, nak ke xnak dengar budak2 nie... Soalan dan kriteria lain disenaraikan dengan lengkap dalam soalan merangkumi aspek pengumpulan bahan dan hasil kajian, tugas aku menerangkan dengan lebih jelas lagi... kalau tak faham tanya cikgu yer murid2 Seterusnya elemen 3, perlu menghasilkan esei dengan memasukkan unsur2 patriotik dalam esei tersebut. Tidak kurang 100 patah perkataan sahaja...suka anak2 murid aku bila tak perlu karang panjang berjela. Bagi yang nak lihat soalan dengan lebih jelas bolela download kat sini Labels: cerita cikgu Sesibuk Petang Isnin ![]() Jawapannya...bertugas di perpustakaan...menggalas tanggungjawab..memastikan bilik tersebut diselia dengan baik...kalau tak apa yang berlaku nanti akan dipersoalkan.... Biasanya waktu bertugas aku dari jam 2.30pm sampai jam 5.00pm...cukupla tuekan... lama2 sgt nanti...aku yg derita...apa taknya dari kul 7.00am sampai kul 5.00pm... Baiklah..tugas pertama katalog buku.... ![]() Kalau da bertugas di library tu takkan nak duduk diam jer...mestila kena gatalkan tangan mengemas buku yg ada..(turut membantu pengawas bertugas...mana le cikgu sorang jer yg buat...) ![]() Biasanya lau da jadi cikgu mesti ada murid yang datang tanya...jadi ringan2kanlah mulut untuk menjawab soalan..walaupun sibuk sangat...layankan jer...jangan biar murid tertanya2... ![]() Setiap Isnin aku akan dibantu oleh Nur Ezzati, Ho Jia Fu, Norashikin, Lai Shiueh Ling, Ng Woon Guan, Nor Afifah, Thurga dan Chong Qing Xiang...Tengok tue semua menunjuk hasil kerja yang telah dibuat...Terima Kasih kerana membantu menceriakan lagi perpustakaan sekolah kita ![]() Berada di library mmg dekat dgn ilmu...jadi memang tak sah kalau tak menelaah buku...nasihatku,jadikan membaca sebagai amalan kiter... ![]() Sempena bulan kemerdekaan nie..buku yang menjadi pilihan ialah tentang tokoh-tokoh merdeka...sebenarnya tak habis baca..tapi sempatla jugak selak2 gambar ![]() Sibuknya petang isnin aku...lagi2 musim nak periksa nie...bukan isnin jer sibuk..selasa,rabu,khamis,jumaat dan sabtu pun sibuk sampai ke petang...hari ahad jer bole enjoy....Ucapan buat semua...janganla bersedih walau byk keje,setelah kesulitan pasti ada kemudahan... Labels: cerita cikgu KRSV SPM 2009 yang baru berakhir bak kata rakan baikku di IAB " berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian"alhamdulillah...berakhir sudah tanggungjawab aku memastikan semua calon subjek PSV SPM tahun 2009 menyelesaikan tugasan kerja kursus masing-masing...walaupun sebenarnya da berhelai surat pra gantung sekolah dan buang sekolah dikeluarkan(acah2 jer kat budak2 nie,so cepat skit diorang siapkan projek)Strategi tu penting...dan berkesan...Terima kasih diucapkan kepada guru disiplin sekolah...Cikgu Khairul...lau tak kerana rotan panjang n suara garang dia tak mungkin aku dapat handle tugas ini dengan baik... Oklah...kita tgk dulu hasil kerja dan penat lelah murid-murid SMK Munshi ABdullah... boleh tahan gempak karya budak2 nie... ![]() Tugasan 4: Ilustrasi T-shirt Bahan : Mix media(Acrylic on canvas) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Antara beberapa karya yang dihasilkan oleh anak murid aku: Yong Hui Jia, Phang Lee Fang,Moh Yen Pin, Siti Nadiatulziana dan Nur Adilah. ![]() ![]() ![]() ![]() Tugsan 1: Ukiran Kayu Hasil penat lelah Norsila.Mohd Farhan dan Mohd Nazmi ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Tugasan 7: Hiasan Dalaman Panggung Mini Hasil Usaha Mohd Farhan Ali, Wee Yin Jie dan Chu Bo Thing. Labels: cerita cikgu aku dan kerja Bertambah tambahnya sibuk apabila terlibat dengan kerja kursus pelajar(PBS) hingga menuntut aku bekerja lebih masa. Tapi itu semua tak jadi masalah ataupun beban...aku puas melihat anak2 didik ku siap menghasilkan folio kerja kursus masing2 dan aku slalu mendoakan agar usaha mereka terbalas apabila keluar result SPM dan PMR nanti... baru minggu lepas pemantauan PMR sejarah tingkatn 3 siap dijalankan... kini aku semakin sibuk mengejar murid2 SPM..terutamanya murid2 kelas belakang yg begitu liat sekali melukis dan menyiapkan folio masing2....pnat usahla dicerita.... dari pagi hinggalah ke malam aku bekerja....harapan aku cuma satu... mudah-mudahan Tuhan terus beri aku ketabahan hati untuk menempuh bulan yg mencabar ini...amin.... Oklah...Inilah antara tajuk2 tugasan yang dipilih oleh murid-murid seni aku tahun 2009...ada 4 tajuk daripada 9 tajuk tugasan semuanya... Tugasan 5 : Bekas Serbaguna Bercorak Tugasan 4 : lakaran Ilustrasi T-shirt Tugasan 7: Hiasan Dalaman panggung mini Tugasan 1: Ukiran Gempak tak hasil2 keje murid2 nie....tapi smuanya bukan murid aku yang buat.... Yang nie contoh dari sekolah seluruh Malaysia.. aku dapat copy masa gi mesyuarat pentaksiran KRSV minggu lepas... Hasil keje anak murid aku lepas nie baru aku letak....tunggu...... ![]() Labels: cerita cikgu Raikan guru ![]() ![]() ![]() sambutan hari guru peringkat sekolah tahun nie dirasakan lebih meriah berbanding tahun2 sebelumnya....kehadiran murid lebih baik(walaupun hampir 90% pelajar cina tak hadir)...x menjadi halangan bagi kami guru2 sekolah ini untuk menyambut hari bahagia kami dengan semeriah mungkin....mungkin nie tahun terakhir aku menyambut hari guru di sekolah menengah munshi abdullah...tahun depan mana tau da dapat pindah seremban....erm...tempat baru..suasana baru.... pe pun yang tu lain kalila citer....yang pastinya tahun ini aku seronok...bahagia...dan bangga skali kerana masih diberi peluang menjadi seorang guru.... Labels: cerita cikgu cikgu ![]() Aku buka kisah pertama tentang kerjaya seorang guru.... org kata... jadi cikgu senang...keje separuh hari...petang da bole goyang kaki... org kata... jadi cikgu banyak cuti....cuti sekolah bole memanjang tengok tv.... org kata.. jadi cikgu sentiasa dihormati....tapi itu bukan realiti.... Realiti cikgu masa kini jauh bezanya..jauh cabarannya...berbanding cikgu-cikgu zaman dulu.. Alam sekolah yang menyeronokkan membawa aku semula ke sekolah dengan harapan aku dapat merasai semula saat-saat gembira ketika itu..... Tapi apa yang aku nikmati kini berbeza...tugas sebagai seorang cikgu tidak mudah seperti yang ku sangka........kadang-kadang aku terfikir......aku tak sepatutnya menjadi cikgu kalau aku sentiasa merungut....aku tak layak jadi cikgu kalau aku tak sabar.....jangan jadi cikgu kalau tak ikhlas mengajar........soalan penting untuk memujuk hati agar tak putus asa..... aku yakin ini jalan terbaik yang aku pilih......aku mmg ditakdirkan menjadi cikgu..... jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab......insyallah.... Labels: cerita cikgu |