
|
Assalamualaikum ![]() Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words. May Allah bless you. Reminder
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine ![]() ![]() ![]() |
Bumi Singapura Yang Mengaum Tempat pertama dituju ialah zoo singapore, kumpul2 singdolar trus aja beli tiket, boleh tahan mahal kalau tukar ke ringgit malaysia. Disebabkan bukan selalu dapat pergi tempat macam ni jadi tutup mata jerla. Nampak macam kecil dari luar tapi boleh tahan besar zoo singapore ni. Secara keseluruhannya memang puas hati sebab hampir semua binatang boleh dilihat dari jarat dekat depan2 mata termasuklah singa dan harimau. Rasa tak puas tengok haiwan kat sini tapi disebabkan nak kejar masa terpaksalah juga tinggalkan jejak di sini manatahu satu hari nanti dapat peluang kali kedua untuk datang lagi. Destinasi seterusnya ke kawasan masjid paling lama dan bersejarah di singapura. Singgah solat kemudian isi pula perut yang dah nipis ni. Restoran yang dipilih ialah restoran2 melayu dan kalau dilihat kawasan kedai dan restoran di sini ala2 suasana kampung di bandar bersejarah Melaka. Makan punya makan habis 8 dolar. alhamdulillah...kenyang. Kemudian jalan2 di sekitar kawasan sambil memilih cenderamata yang sesuai dan murah untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kemudian kami menuju tempat2 bersejarah di singapura. Antaranya ialah tugu peringatan sebelum ke kawasan taman terindah di sini. Tujuan ke taman ni sekadar untuk ambil gambar dan sebagai laluan utama ke Merlion. Inilah Merlion! Arca Singa yang menjadi kebanggaan rakyat di singapura. Kalau ke singapura, jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar di sini. Kawasannya sejuk dan binaan sekitarnya juga eksklusif dan moden. hampir nak terbang pashmina anak ain disebabkan angin yang kuat di sekitar kawasan ini.
Labels: cerita anak ain Tips mahu jadi orang yang rajin * 'sayakan cikgu, lebih baik menanda buku dari menaip entri baru' * nak kena masak untuk suami, nak kemas rumah...ish x sempatlah... * takde idea, tak tau nak taip ape (termasuk entri kali sekadar main2 saje) Seribu alasan yg diberi takkan cukup buat orang yg malas. Jadi sebaiknya kita cuba ubah sedikit sifat pemalas tu kepada rajin sedikit. Sedikit tips untuk jadi rajin : * bayangkan diri sebagai PM sebuah negara yg rajin berbakti demi keselesaan rakyat * pandai curi , bahagi, tambah dan tolakkan masa 24 jam sehari yg ada * mulakan dengan sedikit demi sedikit sampai timbul rasa seronok untuk buat sesuatu * buat2 rajin walaupun malas yang teramat sangat secara tak langsung kita akan terasa macam rajin * tips yang lain2...rajin2kan fikir sendiri sebagai langkah awal untuk jd orang rajin... meja orang rajin memang penuh dengan buku dan fail macamnie... :P Bagi anak ain, nak jadi kaya dengan rajin berusaha guna jalan halal bukan ikut skim cepat kaya macam MLM tuh! sekian dari saya anak ain yang rajin ^^ Labels: cerita anak ain Resepi kejayaan blog merah redmummy Sekilas pandang saja aku menelaah helaian demi helaian suratkhabar metro yg popular dan jadi pilihan ramai, jika selalunya aku sekadar membaca tajuk utama dan isu hangat pada mukasurat hadapan akhbar tapi kali nie aku tertarik hati nak baca artikel penuh mengenai seorang blogger wanita Malaysia yang berjaya meraih pendapatan RM10 ,000 sebulan. Wow! memang jumlah yg besar dan membuka mata aku dan mana2 blogger yg membacanya. Dalam artikel tersebut, beliau ada berkongsi bagaimana caranya mendapatkan pendapatan hanya menerusi penulisan blog sahaja. Secara telus beliau menceritakankan bahawa hasil pendapatan yang diperolehinya itu adalah menerusi tajaan iklan nuffnag. Pada peringkat awal, beliau sekadar berkongsi pengalaman beliau sewaktu menyertai program fear factor Malaysia. Sehingga akhirnya minat beliau tersebut menarik ramai pengikut untuk terus membaca hasil penulisan blog beliau dan kemudian atas dorongan suami tercinta beliau mendaftar di nuffnag dan hasilnya kini, pendapatan pasif yg tidak disangka2 RM10,000 sebulan. Redmummy. blogspot kini bertukar domain pada redmummy.com. Bagi sesiapa yg ingin mengetahui rahsia mengenai kejayaan beliau bolelah terus tanya kepada empunya diri yang tentunya tak lokek berkongsi kejayaan yg sama. Bagi anak ain, seronok baca kejayaan orang lain dan rasa berkobar2 nak mengikut langkah insan yg cemerlang dalam bidang blogging yg anak ain turut ceburi. Tapi bila sampai akhirnya anak ain kena ukur baju di badan sendiri (perlu tunaikan tanggungjawab sebagai guru dulu baru pikir macamana nak kayakan poket sendiri) secara jujurnya anak ain tak bole bagi perhatian pada dua benda serentak, kena fokus satu2...memang satu dari berpuluh2 lagi kelemahan saya.hehhe Buat pembaca blog anak ain, minta maaf sebab takde masa nak update blog nie setiap hari!( aktiviti terkini anak ain: sibuk buat proposal kajian tindakan) Labels: cerita anak ain Korean Plastic Surgery, Cantikkah? Itu senario yang berlaku kat korea. Kalau kat Malaysia memang boleh jadi hot kontroversi dan layaknya menghiasi tajuk utama majalah hiburan tanahair (tapi memang ada artis Malaysia yang berani buat pengakuan contohnya Pian Cecupak, wallahualam) Entah benar atau tidak, aku manusia biasa yg tak layak nak menilai. Yang aku tahu bagi orang Islam hukum merubah kejadian Tuhan ini haram. Kat entri nie aku sertakan sekali wajah cantik artis korea buatan tangan manusia. Kalau korang perasan (peminat drama korea tentu kenal) Kim Jung Eun nie penah berlakon drama All About Eve, masa tu mata dia sepet dan takla bulat bersinar macam sekarang, memang serta merta berubah jadi kiut miut dia nie. Drama Lover in Paris lakonan dia adalah antara drama korea yang paling aku suka. Chae Rim pulak turut sama digandingkan dengan Kim Jung Eun dalam drama All About Eve. Tentang perubahan pada wajahnya tak pulak aku perasan sebab tak ketara sangat berbanding Kim Jung Eun. Dari yang aku baca, Chae rim buat perubahan pada bahagian bibirnya. Artis korea Han Ji Eun aku tak kenal. Tapi aku saja letak gambar dia sebab cantik dan menjadi sungguh pembedahan plastik yg dia buat. Kira berbaloi dia bayar kos pembedahan yg tentunya mahal. Bagi anak ain, mata saya sepet, hidung saya kembang, bibir saya tebal, kulit saya sawo matang. Alhamdullilah, mata sepet saya bisa melihat, hidung kembang saya buat saya bisa bernafas, bibir tebal saya melengkapkan rupa saya. Kulit sawo matang buat mat saleh jeles dengan org asia (tak payah susah2 berjemur tepi pantai atau spray badan semata2 nak dapat kulit tanned) Betul tak? hehehe... Labels: cerita anak ain Timang tinggi-tinggi TIMANG tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Dah pandai baca kitab LAGU dodoi sang ibu pada anak. Hasil dari pembacaan aku, menimang anak semasa bayi dikatakan sangat baik untuk membina daya imbangan, gerak-geri dan koordinasi sistem pertuturan, gerak- geri jari halus dan membina otot-otot. Teringat masa kecik2 dulu aku suka sangat dukung adik2 sepupu sambil menimang tinggi sebab puas bila mendengar deraian tawa yg comel tanda suka. Kala tue, tak fikir langsung tentang kebaikan atau akibat dari pebuatan menimang. Namun begitu, setelah meneliti pautan emel sorang rakan tentang SHAKEN BABY SYNDROME (SBS), aku jadi seram...fuh nasib baik. Kalau nak ikutkan bayi memang suka ditimang, tapi awas yer ibuk2 dan bapak2 sekalian, sekali sekala mungkin boleh jika kerap tidak mustahil anak anda akan diserang penyakit ini. Nak tahu apa simpton2 dan cerita sebenar tentang SHAKEN BABY SYNDROME (SBS), sila baca dengan tekun... GENERAL INFO Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang. HEALTH INFO SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ). Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian. PENCEGAHAN 1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. 2. Jangan memegang bayi anda ketika marah. 3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. 4. Minta bantuan orang lain. Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian. Bagi anak ain, dah ramai dah anak2 orang yang aku timang, bilalah agaknya berpeluang nak timang anak sendiri... Labels: cerita anak ain Bertukar Wajah Lagi? 1. Lambat loading page (aku pakai celcom broadband, kat sekolah jer guna wifi streamyx, tapi takkan nak tdo kat sekolah pulak,heheheh) 2. Aku cepat bosan (sifat semulajadi nie, suka berubah2 ) 3. Suka belajar benda yang baru ( latih buat design walaupun design merapu jer) 4. Banyak lagi ( tak larat nak huraikan, ke malas?wahahhaha) Oklah, untuk entri kali nie aku nak tunjuk design2 header yg penah aku buat. yang nie header pertama aku reka, guna illustrator sebab masa tue tak donlod photoshop lagi Masa baru nak mengenal dunia blogging, nie layout pertama yg aku pakai. Rekaan header nie aku pakai sekejap jer Lepas tue aku tukar dengan header yang nie, masih tak lari dengan imej pink. Header nie pulak baru jer buat petang tadi , tapi tak digunakan sebab tak cantik (pada pandangan mata aku....hehhe) Header serabut nie akhirnya jadi pilihan sebab dapat menggambarkan fikiran aku yg tengah serabut sekarang. Yang lebih menarik, aku dapat lari dari imej pink....walaupun sebenarnya dalam hati meronta2 nak letak warna pink (amik kesempatan letak warna pink kat tulisan...heheheh) Labels: cerita anak ain Malaysia pon boleh! TERGOLEK sekejap selepas menatap tanpa lepas emel bertajuk Malaysia pon boleh dari seorang teman. Kalaulah benar imej2 yg dilampirkan dalam emel tu pemandangan biasa kat yg berlaku Malaysia, wow! memang kreatif walaupun kelihatan sedikit dungu di situ (adeh..jgn marah aku sbb aku rasa mmg jd dungu tba2 masa tengok gambo2 tue, heheheh) Tapi xpe, sebab entri ini dibuat bukan untuk mengutuk tapi untuk memuji yang indah2 saje ( iyerla tue). Setelah puas membelek2 gambo2 tu akhirnya aku dapat mengesan beberapa aspek negatif dan positif yg boleh jadi teladan untuk kiter semua. negatif : nampak macam tragedi pembunuhan secara beramai2 dan mencemarkan pemandangan. positif : bagi yang malas nak pegi pasar beli ayam, bole beli terus dari jualan tepi jalan, jimat masa dan tak perlu bersesak2 dalam pasar. negatif : kesilapan ejaan boleh buat org keliru ketika membacanya. positif : Jimat cat, tak perlu tulis panjang sbb kalau salah ejaan pon rakyat Malaysia boleh faham. negatif : maaflah sbb akupon tak faham langsung dengan mesej 'kecil besar' yg cuba nak disampaikan positif : tulisan dwibahasa yg jelas dengan warna merah terang negatif: kena telengkan kepala baru dapat baca nama kedai nie positif : jadikan kite manusia yg lebih peka negatif : masa memandu kena fokus, x bole suka suki nak tonton rancangan astro positif : promosi free untuk syarikat penyiaran astro negatif: kesian kat budak tu jadi mangsa keadaan positif : tak payah susah2 amik troli, kereta sorong anak kan ada negatif: kecik2 pon da bole dapat resdung sebab sedut habuk barang2 dari rak pasaraya positif : dapat tengok anak tidur depan mata, pastu jimat duit dan masa, tak payah susah2 anta anak kat umah pengasuh ( betul ke?) negatif: tak lalu nak order apatahlagi nak makan positif: salah satu strategi pemasaran selain bole dijadiakan hiasan agar tak nampak boring bilik termenung nie. negatif : cakap tak serupa bikin positif: anggap ikan tu tidur2 ayam sebab takut kena gulai dgn orang negatif : nampak seperti harta kerajaan tak diselenggara dgn baik dan mencemarkan imej positif: rakyat Malaysia tak berkira, selagi boleh duduk selagi tu digunakan Bagi anak ain, kadangkala kiter kena pandang sesuatu tu dr sudut positif untuk jadikannya positif . Tapi bila terang2 perkara negatif da berlaku depan mata, takkan nak pandang saje. Sama2la kiter lakukan sesuatu bagi memperbetulkan keadaan sebab aku percaya rakyat Malaysia memang boleh ! nota tambahan : Baru tadi anak murid aku yg berbangsa cina bagitau maksud gambo 'kecil boleh, besar tak boleh'. Rupa2nya kalau nak buang air kecil boleh tapi buang air besar tak boleh. adeh! Labels: cerita anak ain Sedapnya menjamu selera kat restoran mamak Kadang2 kalau lalu jer kat restoran2 mamak kompom penuh dgn pelanggan tak kira bangsa, kira berjayala konsep 1Malaysia PM kite, menyatu-padukan kaum2 di Malaysia supaya duduk berkumpul, aman sentosa kat satu tempat. Lagi2 bila tiba musim piala dunia. Tarikan skrin layar besar bak panggung wayang kat restoran mamak mampu memperdaya minat penonton hingga berduyun kaki2 bola menjadikan restoran mamak destinasi paling hits. Bila dah duduk2, borak, menonton sambil minum teh tarik, perut pun nak juga diisi. Jadi, apa sajian pilihan hati korang? kawan aku kata menu popular yg selalu jd sajian kat restoran mamak selalunya nasi kandar, mee goreng, maggi goreng, roti canai cicah kuah dal dan memang tak sah kalau takde kari dalam carta menu. Di samping tu, ada juga menu tambahan macam rojak dan roti nan berserta ayam tandoori. Yang mana tekak hollywood tu jgn risau, western food pon mamak reti buat. Memangla hebat, carta menu restoran mamak bertaraf antarabangsa..huhu. Lagi, kalau berkunjung ke restoran mamak kompem di layan baik punya dgn ane2( maksudnya abg) kat restoran tue. Mintaklah ape saja, semua dia kata ada. Sampaikan berpeluh2 ane2 tu ke hulu hilir nak penuhkan pemintaan pelanggan yg macam2. Memang servis lima bintang mamak layak dipuji. Tapi, pernah tak korang terfikir, ane2 gerhana yg mengaku mamak tu betul2 islam ke? mengaku islam tapi kenapa tak tahu mengucap? kat sini aku nak kongsi dapatan dari emel yg dihantar oleh seorang teman. Dengan rasa ingin tahu yg membuak2 dalam diri, mulala aku buat gerakan menyiasat asal usul gambar2 yg dilampirkan dalam emel tersebut. Inila hasilnya, mungkin ada di antara pembaca blog dah tahu pasal isu nie, bagi yg tak tahu tu , meh kiter layan BLOG NIE. Hasil siasatan anak ain, nie la blog yg perlu kiter terjah bagi dapatkan maklumat dengan lebih tepat. (harap2 tuan punya tanah tak saman aku sebab pandai2 jer buat iklan pasal blog dia kat entri aku, hehhe) Labels: cerita anak ain |