Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Aktiviti wajib hujung minggu

INTERNET yang lagging sepanjang tahun menyebabkan aktiviti berbloging aku terbatas. Aku yg teramat sabar sifatnya nie akhirnya berjaya juga update dan muncul dengan entri baru. Takde ape yg menarik cuma nak share gambo aktiviti wajib hujung minggu aku dengan adam.



Yang jadi wajib tu bila gaji da masuk, tekan2 mesin atm kuar duit, kalau da tiba hujung bulan tue, tekan2 mesin atm kuar resit jer, takdela jd wajib, hukumnya setakat sunat muakad jerla.



Kadang2 mmg sanggup jer kuar bersiar2 biar xde duit pon, memang kategori kaki jalan warisan sifat abah aku. huhu, yang herannya napela aku tak ikut sifat baik ibu aku yg rajin duduk umah, lipat2 kain, berkebun sambil sapu2 halaman rumah.  Ish2, aku mmg anak ain( nama manja abah kat umah 'ain')



Berbalik semula pada topik, kat sini aku sertakan beberapa gambo yg sempat dirakam. Destinasi pilihan Jaya Jusco Terbrau city. Aku memang lebih suka jln2 kat terbrau berbanding city square yang sesak kat tengah bandar. Peneman setia aku, encik adam pun sependapat denganku.




Jalan2 masuk kedai Nike terpandang kasut pink yg comel nie. Alergik betul mata aku kalau nampak benda2 kiut miut yg berwarna pink.



Terus saje aku padankan kat kaki, memng cun. Tapi bila tengok tag harga, aku tersengeh2 sambil meletakkan semula kasut tadi dengan berhati2. Mahal, hehehe, lain kali jerla. Tunggu orang hadiahkan.



Kalau encik Adam, kasut sukan yang mahal pon dia sanggup beli. Latarbelakang orang sukan nie mmg lain skit. Kalau aku nak beli yang mahal lebih berbaloi kalau melabur kat beg tangan daripada kasut sukan. Pandang, belek2 sambil mengerut2kan kening tebalnya akhirnya....



Nike Gato hitam kuning nie yang jadi pilihan. Makin seronokla malam futsal adam bila dapat menyarung kasut baru nie nanti. Aku tumpang senang bila tengok senyuman ceria adam. 




Bagi anak ain, selain jalan2 cuci mata kat pusat membeli belah, aktiviti hujung minggu yang wajib tentunya balik ke kampung jenguk ibu dan abah serta adik beradik yang lain. Untungnya kiter bila masih punyai keluarga untuk dijenguk. Mudah2an tak terkilan bila sampai masanya nyawa mereka dijemput.

Labels: