Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Sedapnya menjamu selera kat restoran mamak

BETUL ke sedap mkn kat restoran mamak? Aku bukannya peminat setia restoran air tangan mamak, secara jujurnya aku mmg tak lalu makan masakan mamak. Cuma aku heran, dalam tak lalunya aku nak menelan, ramai pulak di kalangan rakyat Malaysia yg gemar makan dan duduk melepak kat kedai mamak sampai berjam2 lamanya.



Kadang2 kalau lalu jer kat restoran2 mamak kompom penuh dgn pelanggan tak kira bangsa, kira berjayala konsep 1Malaysia PM kite, menyatu-padukan kaum2 di Malaysia supaya duduk berkumpul, aman sentosa kat satu tempat. Lagi2 bila tiba musim piala dunia. Tarikan skrin layar besar bak panggung wayang kat restoran mamak mampu memperdaya minat penonton hingga berduyun kaki2 bola menjadikan restoran mamak destinasi paling hits. 



Bila dah duduk2, borak, menonton sambil minum teh tarik, perut pun nak juga diisi. Jadi, apa sajian pilihan hati korang? kawan aku kata menu popular yg selalu jd sajian kat restoran mamak selalunya nasi kandar, mee goreng, maggi goreng, roti canai cicah kuah dal dan memang tak sah kalau takde kari dalam carta menu. Di samping tu, ada juga menu tambahan macam rojak dan roti nan berserta ayam tandoori. Yang mana tekak hollywood tu jgn risau, western food pon mamak reti buat. Memangla hebat, carta menu restoran mamak bertaraf antarabangsa..huhu.



Lagi, kalau berkunjung ke restoran mamak kompem di layan baik punya dgn ane2( maksudnya abg) kat restoran tue. Mintaklah ape saja, semua dia kata ada. Sampaikan berpeluh2 ane2 tu ke hulu hilir nak penuhkan pemintaan pelanggan yg macam2. Memang servis lima bintang mamak layak dipuji.



Tapi, pernah tak korang terfikir, ane2 gerhana yg mengaku mamak tu betul2 islam ke? mengaku islam tapi kenapa tak tahu mengucap? kat sini aku nak kongsi dapatan dari emel yg dihantar oleh seorang teman. Dengan rasa ingin tahu yg membuak2 dalam diri, mulala aku buat gerakan menyiasat asal usul gambar2 yg dilampirkan dalam emel tersebut. Inila hasilnya, mungkin ada di antara pembaca blog dah tahu pasal isu nie, bagi yg tak tahu tu , meh kiter layan BLOG NIE.

Hasil siasatan anak ain, nie la blog yg perlu kiter terjah bagi dapatkan maklumat dengan lebih tepat.
(harap2 tuan punya tanah tak saman aku sebab pandai2 jer buat iklan pasal blog dia kat entri aku, hehhe)



Bagi anak ain, kadang2 ada juga cuba masak resepi mee goreng mamak kat rumah. Memang sedap dan tentunya dijamin halal. 

Labels: