Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Not Easily Broken






WAH, tiba2 omputih pulak tajuk entri aku kali nie. Sebenarnya tajuk tu kuambil dari film yg baru habis kutonton di saluran HBO, astro. Bukanlah film popular yg bole buat pecah panggung macam cerita Avatar atau Titanic  tetapi jalan cerita film nie cukup buat aku terharu hingga berlinangan airmata(pecah rahsia yg aku cengeng..huhu..).Jalan cerita berkisar tentang ikatan perkahwinan dan konflik rumahtangga. Maaflah pelakon2 yg membintangi film nie mmg tidak aku kenali. Jadi terus pada jalan cerita. 

Filem ini mengisahkan pasangan suami isteri yang mengharungi hidup rumahtangga. Kedua2nya bekerja tetapi kerjaya si isteri(broker hartanah) lebih baik dan mantap dr suami (pengumpul dan penjual barangan terpakai) sehingga membuatkan isteri lupa tanggungjawab, kerap  meninggi suara, membangkang kata2 suami dan lebih mendengar cakap ibu lebih dari suaminya sendiri (kira kes campur tangan mak mertua la nie). Karakter suami pula, lebih banyak mendiamkan diri, terlalu bertolak ansur hingga akhirnya diri sendiri tidak diperdulikan. Impian si suami adalah untuk memiliki zuriat sendiri tetapi si isteri tidak bersedia di samping hobi sampingan si suami sebagai jurulatih besbol kanak2  dan sering berada di padang berbanding di rumah seringkali menjadi punca perbalahan antara mereka. 
Dalam pada itu, berlaku kemalangan yg tidak terduga hingga menyebabkan si isteri tersebut lumpuh dan perlu menjalani rawatan khusus dan ini membuahkan pertemuan pasangan ini dengan seorang jurulatih rawatan terapi. Si suami yang begitu sabar menjaga kebajikan isteri walaupun diri sendiri teruk kena maki  kemudiannya telah terpaut hati dengan kelembutan serta keprihatinan pelatih tersebut dan secara terus terang telah memberitahu perasaan hatinya itu pada si isteri dalam satu petengkaran hingga akhirnya lelaki tersebut angkat kaki meninggalkan rumah mereka.
Dalam kesepian seorang diri ditinggalkan barulah isteri tersebut menyedari betapa pentingnya kehadiran seorang suami disisinya. Si isteri berusaha sedaya upaya memujuk semula suaminya agar kembali dan yang lebih baik, suaminya menyambut kemaafan dari isteri tersebut walaupun telah digoda berulangkali dengan jurulatih rawatan terapi namun cinta si suami tidak berubah dan tertumpah hanya untuk isterinya sahaja. Pengakhiran cerita, isteri tersebut hamil dan impian suami untuk memiliki anak tercapai...noktah.
Bagi anak ain, banyak pengajaran bole kiter dapat dalam cerita nie. Antaranya:
  • Kalau bole, jika hendak mencari pasangan biarlah sekufu. Jika tak sekufu juga, si isteri mungkin bos ditempat kerja, tapi ingatlah suami ialah bos di rumah. Janganlah asyik nak mengarah dan marah2. Berlembutlah menggunakan bahasa sekiranya menginginkan pertolongan. 
  • Elakkan campur tangan insan ketiga(walaupun ibu bapa sendiri, baik isteri mahupun suami)
  • Hargailah kehadiran pasangan, jangan dah hilang baru nak mencari. Kebahagiaan takkan datang kalau tak diusahakan, usahakanlah walau sesukar  manapun.
  • Jangan menolak untuk memiliki cahayamata, anak bukan saja penyambung zuriat tapi juga sebagai pengikat kasih sayang.
  • Tolak ketepi perasaan ego, acara bermaafan kalau bole buatlah setiap malam sebelum tidur.
Rasanya ada banyak lagi pengajaran yg boleh diambil, kalau nak tambah lagi, komenla nanti..ok! 

Labels: