Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Malaysia pon boleh!

TERGOLEK sekejap selepas menatap tanpa lepas emel bertajuk Malaysia pon boleh dari seorang teman. Kalaulah benar imej2 yg dilampirkan dalam emel tu pemandangan biasa kat yg berlaku Malaysia, wow! memang kreatif walaupun kelihatan sedikit dungu di situ (adeh..jgn marah aku sbb aku rasa mmg jd dungu tba2 masa tengok gambo2 tue, heheheh) 

Tapi xpe, sebab entri ini dibuat bukan untuk mengutuk tapi untuk  memuji yang indah2 saje ( iyerla tue). Setelah puas membelek2 gambo2 tu akhirnya aku dapat mengesan beberapa aspek negatif dan positif yg boleh jadi teladan untuk kiter semua. 

negatif : nampak macam tragedi pembunuhan secara beramai2 dan mencemarkan pemandangan.
positif : bagi yang malas nak pegi pasar beli ayam, bole beli terus dari jualan tepi jalan, jimat masa dan tak perlu bersesak2 dalam pasar.


negatif : kesilapan ejaan boleh buat org keliru ketika membacanya. 
positif : Jimat cat, tak perlu tulis panjang sbb kalau salah ejaan pon rakyat Malaysia boleh faham.

negatif : maaflah sbb akupon tak faham langsung dengan mesej 'kecil besar' yg cuba nak disampaikan
positif : tulisan dwibahasa yg jelas dengan warna merah terang  

negatif: kena telengkan kepala baru dapat baca nama kedai nie
positif : jadikan kite manusia yg lebih peka

negatif : masa memandu kena fokus, x bole suka suki nak tonton rancangan astro
positif : promosi free untuk syarikat penyiaran astro


negatif: kesian kat budak tu jadi mangsa keadaan
positif : tak payah susah2 amik troli, kereta sorong anak kan ada


negatif: kecik2 pon da bole dapat resdung sebab sedut habuk barang2 dari rak pasaraya
positif : dapat tengok anak tidur depan mata, pastu jimat duit dan masa, tak payah susah2 anta anak kat umah pengasuh ( betul ke?)

negatif: tak lalu nak order apatahlagi nak makan
positif: salah satu strategi pemasaran selain bole dijadiakan hiasan agar tak nampak boring bilik  termenung nie.


negatif : cakap tak serupa bikin
positif: anggap ikan tu tidur2 ayam sebab takut kena gulai dgn orang


negatif : nampak seperti harta kerajaan tak diselenggara dgn baik dan mencemarkan imej
positif: rakyat Malaysia tak berkira, selagi boleh duduk selagi tu digunakan

Bagi anak ain, kadangkala kiter kena pandang sesuatu tu dr sudut positif untuk jadikannya positif . Tapi bila terang2 perkara negatif da berlaku depan mata, takkan nak pandang saje. Sama2la kiter lakukan sesuatu bagi memperbetulkan keadaan sebab aku percaya rakyat Malaysia memang boleh !

nota tambahan : Baru tadi anak murid aku yg berbangsa cina bagitau maksud gambo 'kecil boleh, besar tak boleh'. Rupa2nya kalau nak buang air kecil boleh tapi buang air besar tak boleh. adeh!

Labels: