Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Kisah Cinta Mereka


MUSIM cuti sekolah tiba lagi. Jemputan ke majlis perkahwinan rakan sewaktu belajar di universiti membuka peluang untuk berjumpa rakan2 lama. Seumpama majlis reunion tak rasmi pula. Agak meriah suasana majlis ditambah pula suara riuh kami bercerita. Bukan senang nak jumpa selepas masing2 bekerja. Lagi2 bagi yang sudah berkahwin dan beranak pinak. Dalam kisah2 gembira rakan2 yg da bekeluarga, terselit juga kisah luka cinta terhalang dan cinta tak kesampaian antara kami selain cinta yang akhirnya kesampaian atas berkat usaha dan doa yang tak putus. Entri kali nie, aku sekadar nak berkongsi cerita kisah cinta rakan2 lama yang jika difikirkan mungkin ramai di kalangan pembaca di luar sana turut menghadapi kisah cinta yang serupa. Bezanya, bagaimana cara pasangan masing2 menyelesaikan masalah tersebut bagi melengkapkan pengakhiran kisah cinta sama ada bahagia atau derita.

Kisah Cinta 1
Percintaan sejak di bangku sekolah. Walau dihalang oleh keluarga, tetap juga terjalin secara senyap2. Yang perempuan belajar hingga ke menara gading, si lelaki pula cukup setakat SPM dan mungkin ini menjadi penyebab kenapa hubungan tersebut tak diterima. Bertahun2 meminta restu hingga akhirnya bila usia hendak mencecah ke angka 30 barulah pihak keluarga masing2 berlapang dada menerima cinta dan percaya sudah jodoh mereka. Perkahwinan berlangsung dengan meriah, kedua2 mempelai tersenyum bahagia di atas pelamin, aku juga tumpang gembira, pengakhiran kisah cinta mereka, cinta bahagia.

Kisah Cinta 2
Mak kata kalau nak pilih pasangan mestilah yang keje kerajaan. Kata2 itu dipegang erat hingga si lelaki sanggup belajar bersungguh2 hingga akhirnya menjawat jawatan dalam kerajaan. Bila janji da ditunaikan, tiba masanya nak disatukan tapi masih jua bertamu alasan dari keluarga pihak perempuan. Hingga keduanya mengambil kata pisah sebagai jalannya. Kemudian mengikut kata keluarga dan bertunang pula dengan calon pilihan seterusnya, juga orang kerajaan. Tapi mmg sudah tersurat tiada jodoh antara mereka, cinta tidak sampai ke jinjang pelamin. Kini cinta kembali pada kekasih lama yg terpisah dahulunya, sekarang merancang untuk disatukan selepas puas memujuk keluarga menerima pilihan hati seadanya. Andai cinta mereka cinta bahagia, akhir tahun nie makan nasi minyak lagi la gamaknya.

Kisah Cinta 3
Bujang atau duda, muda atau tua bukan syaratnya. Cinta kawanku ini tak mengenal batas. Ingat lagi sewaktu majlis konvokesyen kami 2 tahun lepas, menemani dirinya di sebelah seorang lelaki berusia yg layak digelar bapa. Dia bilang, kekasihnya itu terlalu baik untuk ditolak cintanya. Itu kisah cintanya 2 tahun lepas. Kini rakanku ini masih selesa membujang. Jodoh katanya biarlah Tuhan yang tentukan. Aku doakan mudah2an cepat2lah sampai jodohnya.

Bagi anak ain, cinta umpama kilat, pantas  menyambar dan disambar . Lakaran kisah cinta berbeza2 namun rasa bahagia dan deritanya manusia sama merasa.

Labels: