Assalamualaikum Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words. May Allah bless you. Reminder
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine |
Senja di Penghujung Benua Asia Wah, bila baca tajuk macam gempak jer, penghujung benua asia la katakan. Gambar ni bukanlah yg terbaru tapi diambil dlm tahun ni juga. Nak dikatakan da lama sangat aku tak jln2 ke Tanjung Piai,kali terakhir sewaktu di sekolah menengah, hampir sedekad, nama je org Pontian tapi langsung tak pernah jejak kat jeti pusat perlancongan Tanjung Piai nie. Aktiviti penjelahan disertai oleh anak2 ain yg lain. Kami berjalan menyelusuri jeti,erm...mmg panjang sungguh jeti, berpeluh2la jugak nak sampai ke penghujung.Kalau tahu jauh camni kompom aku bwk air kotak skali plus satu plastik jajan. Mercu tanda tempat ni,replika bumi, sempat main panjat2 lagi agar dapat berposing dgn baik. Syahdunya suasana saat melihat matahari terbenam...indahnya ciptaan Tuhan.. Sekejap je kami disini, lepas ambil gambo terakhir ni kami terus angkat kaki pulang. Dalam hati berfikir..entah bilala aku berpeluang menjejakkan kaki ke sini lagi... Labels: ceritera hidup |