Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Apa yang penting

Apa yang penting dalam hidup...aku cuba bahagikan kepada 3 bahagian dahulu sbb aku tak sempat nak kupas banyak2, cukup 3 bahagian yang ingin aku kongsi:

Bahagian 1: keluarga
Siapalah kita tanpa keluarga...Bagi setiap perkara yang dilakukan keluarga harus diutamakan. Keluarga sendiri dan keluarga mertua dua2pun perlu diberi perhatian yang sama adil. Sebelum kahwin rasa semua kesenangan yg dimiliki nak diberi pada keluarga..ibu,abah,adik-beradik...bila da kahwin kesenangan dikongsi juga tapi perlu atas persetujuan suami...jika tidak...tahu ajelah nasib para isteri bila tiba hari perhitungan nanti....carilah redha suami masing-masing..mudah2an berkat hidup sebagai seorang isteri di dunia ni...bagi yang ada anak..padanya anaklah segala2nya dalam hidup...alangkah bertuahnya bagi yang berpeluang memilikinya....bagi yang tidak...jangan berhenti berusaha jika tidak mungkin ada hikmah disebaliknya..bersangka baik selalu....yang belum berkahwin?...jgn risau kerana kita masih ada kelurga yg sayangkan kite....yatim piatu?..ingatlah Allah sentiasa dalam diri kita,menjaga dan memerhatikan kiter....


Bahagian 2: Kerja
Bila fikir pasal keje,masa 24 jam yang Tuhan beri masih lagi rasa tak cukup. Dalam sehari mana ada masa yang hilang tanpa membuat sebarang aktiviti. Makan dan tidurpun dikira sebagai aktiviti juga...Kerja mmg penting..jika tidak bagaimana mahu menyara keluarga tercinta...ataupun diri sendiri....tapi bila terlebih bekerja boleh datangkan akibat tak baik pula... kadar kematian seperti bunuh diri meningkat terutamanya di negara-negara maju contoh terdekat Jepun, mendapat penyakit darah tinggi dan sebagainya semuanya salah satu faktor akibat drpd stress bekerja (dapat darah tinggi sebab stress adalah pengalaman aku sendiri) Cubalah cari keseronokan sewaktu bekerja...berusaha dengan bersungguh2, buat sekadar yang termampu..jangan abaikan kesihatan, amal ibadat dan keluarga kerana keje yang mmg tiada penghabisannya kecuali da pencen atau letak jawatan....



Bahagian 3: Rakan
Cuba kira berapa ramai rakan kenalan yang kita tahu....100..200...1000...berapa orang antara mereka yang betul2 kiter kenal latar belakangnya, berapa adik beradik, mak ayah ada lagi ke tidak..agak2 dalam 10 orang..pastu kira pulak berapa orang yang sanggup susah senang,ketawa menangis sama dengan kite....senyap dan fikir...bila dikira2 xde sorangpun...mmg yg ini seorang pun susah nak cari....andainya dapat lebih dari seorang rakan yg sanggup berkorban untuk diri kita...kitalah insan yg paling bertuah...zaman sekarang sahabat sejati susah dicari...jika terjumpa,jagalah persahabatan tu baik2..jgn sesekali mengkhianati kawan yang kiter ada...

Jadi kite ni golongan yang mana..yg pentingkan kelurga..atau kerje...atau rakan...
bagi anak ain...saya sayang keluarga saya...

Labels: