Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Sabtu di Shah Alam

Rancangan hari sabtu kami ialah untuk ke bengkel kereta di Shah Alam, da lama juga suamiku mengidam nak tukar sport rim baru jadi peluang sewaktu cuti sekolah nie diambil untuk mencapai impiannya tu. Pagi2 lagi kami da siap dan kali ni kami tak berdua tapi bertiga, adik ipar pon nak ikot skali. Maklumlah mmg da menjadi minat kaum adam, kaum hawa cam aku layankan aje,akupun lau bab nak solek kereta nie mmg berminat jadi aku sokong habis niat suamiku nak tukar sport rim.
Memandangkan da hampir 2 tahun aku tak jalan ke Shah alam (aku habis buat degree education kat uitm  seksyen 17  tahun 2007) jadi mmg da lupa dan ambil masa gak  nak ingat jalan, tahu2 sajalah bandar shah alam yg byk seksyen2nyer tu,paling aku ingat pon
Seksyen 17(tmpat aku belajar),
Seksyen18(hostel aku),
Seksyen 2(Uitm Induk dan byk tmpt shopping kat situ...heheh..yg nie aku mmg terer),
Seksyen 9(aku Praktikal kat SMKseksyen9) dan
Seksyen 13(ada stadium, giant dan bazar ramadhan yg paling besar)
yg lain2 tu mmg tak berapa pasti.
Tempat tujuan kami ialah ke bengkel kereta di seksyen 24, rasa2 uptown shah alam ada kat situ,
Memang agak terkejut sbb jln di seksyen 24 da brubah, hampir2 sesat jugak tapi berkat kesabaran kami meredah sampai gak kat bengkel tu. Pilihan sport rim mmg banyak, rambang mata nak pilih, suamiku lau pasal beli barang mmg cerewet, lama dia buat kajian, selak majalah, cari di internet, minta pendapat aku mmg stiap hari, hehhe... penat melayan, cam budak2 jer.

Mula2 ingatkan nak masuk yg 16' je, tp last2 masuk 17' jugak.
Mana2la, akupun tak kisah. Adik ipar aku turut berangan nak tukar,tp pas kira2 budget, x jadi plak, yelah kang raya takut tak cukup  duit. Takpela lain kali bole tukar.
Lepas siap dalam kira2 pukul 1, rasanya masih awal lg nak balik seremban jadi kami pun merayau kat seksyen 2, meriahnya kurasakan, jualan kelengkapan hari raya pelbagai jenis,cuma mahal skitla. Biasala Shah Alam mmg kos sara hidup agak tinggi. Penat berjalan, dalam pukul 4 lebih kami bertolak balik. Rancangan kami untuk datang shopping di sini pada hari sabtu juga sebelum raya, insyallah.

Labels: