Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Ramadhan ditunggu lebaran lebih dinanti



Suasana sibuk sana sini bercerita tentang persiapan lebaran. Soalan-soalan yg biasa dituju pada aku antaranya:
1. Baju raya da tempah belum? Tahun nie tema warna pe?
2. Kuih raya buat sendiri ke beli jer?
3. Nak tempah langsir baru ke tak tahun ni?
Kadang-kadang rasa pelik menyelinap diseluruh pelusuk hatiku...
Ramadhan belum disambut, persiapan lebaran sudah tersedia...
itulah hakikatnya...
Kalau baru nak sibuk tempah baju waktu bulan puasa selalunya tukang jahit da tak terima,tempahan da menimbun katanya bimbang tak sempat siap. Jadi ramailah antara kita dari awal tahun da siap tempah baju,bukan sehelai,bukan dua helai tapi empat lima enam helai...cukup untuk tempoh seminggu ...
Kalau kuih raya kena order awal, pilihannya pelbagai, rambang mata nak memilih, kadang2 waktu hari raya bukan di makan sgt,sekadar seronok bila tengok kuih raya pelbagai dalam balang terhidang buat tetamu yg datang.
Langsir pula bukanlah item penting yg perlu ditukar stiap tahun cuma rasa mata lebih teruja andai melihat jendela indah dihias dengan tabir yg baru, warnanya pula perlulah berbeza dgn tahun lepas...padahal kalau samapun bukannya tetamu ingat...
Itu persiapan syawal...bila ditanya semua kata ok, kalau ramadhan pula bagaimana?
Puasa yang tertinggal tahun lepas sudah siap diganti?
Agak2 tahun ni cukup tak sembahyang terawih kiter?
Mampu tak nak khatam Al-Quran ramadhan tahun nie?
Tepuk dada tanyalah iman...mudah2an ramadhan tahun nie membawa lebih keberkatan bagi umat Islam seluruhnya.
Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Ketika datang bulan Ramadhan:
" Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, maka diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa kerana dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup dan Syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada satu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barang siapa yang tidak beramal, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti bulan ini.
(HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqi)
Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua!

Labels: