Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Merdeka...Berjiwa 1MALAYSIA


Aku mengaku aku rakyat jati Malaysia,
Aku bangga mengatakan rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa,
Aku teruja sewaktu melaungkan kalimah keramat merdeka,
Namun benar2 berjiwa merdekakah aku?
benar2 bejiwa 1Malaysiakah aku?
Mengaku satu bangsa satu negara...andai jiran sebelah menyebelah lain bangsa dan agama tapi jarang bertegur sapa...
Aku sedar...membentuk jiwa 1Malaysia bukan semudah kata...
Aku sedar...dalam celik...aku masih buta...
Aku sedar...dalam jaga...aku masih terlena...
Aku sedar...dalam cemerlang... aku masih alpa....
Bersempena bulan kemerdekaan...aku cuba memerdekakan hati dan akal demi menyahut perjuangan 1Malaysia Perdana Menteri Malaysia di mana dalam petikan ucapan penuh bermaknanya mengatakan,

" 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia"

Bagaimana nak memupuk jiwa 1Malaysia dan mengamalkan nilai penting seperti yang diperkatakan?Adakah kita benar2 faham maksud 1Malaysia seperti yg dicanangkan?
Pada pandangan mudahku antara yang paling penting ialah perpaduan antara kaum.
Oleh itu, mulakan dengan hubungan yang baik sesama kaum . Apakata kita cuba mulakan beberapa langkah dan transformasi mudah seperti:

Transformasi pertama: senyuman
Apalah salahnya andai kita melayangkan senyuman ikhlas pada jiran sebelah menyebelah yg berlainan bangsa dan warna kulitnya. Mungkin ini langkah awal dalam menjalin hubungan yg baik sesama jiran...ditempat kerja pula sentiasalah tersenyum dengan sesiapa saje walau lenguh otot pipi, senyumlah seikhlas mungkin...
Tranformasi kedua: bertanya khabar
Cukuplah dengan ucapan selamat, hello, hi dan yg sewaktu dengannya....janganlah asyik bersembang dengan rakan sewarna kulit dgn kiter saje..cuba kita rajin2 berbual dgn rakan lain yg namanya miss yap atau anak lelaki muthusamy ker...walaupn sbnrnya kiter tak faham aper yg dibualkan...takpe layankan...
Tranformasi ketiga: bertukar juadah
Boleh juga dibuat,bergantung pada situasi dan keadaan...kadang2 hal makanan mmg kena cerewet skit..maklumlah,mencari yg halal tu hukumnya wajib bg umat Islam....tp jgn takut kalau dijelaskan dgn lebih awal secara baik...confirm mereka faham...
Transformasi keempat: Elak pandangan serong
Cuba jauhkan perasaan curiga dan diskriminasi pada kaum lain...biasala kadang2 perkara camni susah juga nak elak...ada yg kata "ala kaum tu kalau ckp mmg putar belit,tak bole pakai", atau "biasala bangsa tu, da diberi betis nak peha", apa saje prasangka buruk,cubalah kite elakkan demi menyahut seruan baik PM agar berjiwa 1Malaysia.
Insyallah, mudah2an kita akan terus dapat menikmati kemerdekaan ini tanpa rasa was2....
Ok..Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakan-rakan pembaca blogku...

Labels: