Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

KRSV SPM 2013 (satu pengalaman yang panjang)

Tahun ini tahun yang sangat mencabar. Setahun yang lepas memang tersangatlah best buat diriku sebab terlepas dari menjalankan tanggungjawab yang besar, memikul beban tugas sebagai pentaksir kerja kursus SPM Seni. Rupa - rupanya masa berehat tak panjang. Tahun ni kena juga mengajar kelas tingkatan 5.

wajah-wajah gembira anak murid, diorang tak sedar cikgu diorang tengah stress ..hihi...

Antara tajuk yang dipilih :

1. Model Jet pejuang
2. Lanskap sungai
3. Arca mobail
4. Kalendar

Cukupla 4 dari sembilan tajuk yang ditawarkan. Tu pun da buat mata berpinar nak mengadap 159 calon seorang diri. Cikgu seni dah semakin pupus agaknya. Aku jadi cikgu seni tunggal kan SMK Seremban Jaya.
Apapun tanggungajawab kena di lakukan sebaik dan sedaya yang mungkin. Kerja pagi hingga ke petang dah tak jadi masalah sebab sekarang aku da pandai amalkan supplement shaklee ..huhu..

Jika dulu, tahun 2007 hingga 2011, mula saja kalendar masuk bulan julai...kompem klinik tempat aku tuju. Darah Tinggi sebab stress katanya...muda2 dah kena darah tinggi..bahaya kan. Tapi sekarang tahun 2013, alhamdulillah sangat. Allah bagi peluang aku sihat dan dapat kerja pagi ke petang walaupun di bulan ramadhan. syukur.


Sebelum aku tamatkan entri panjang ni aku share skit gambar2 pelajar yang tengah buat kerja kursus :)





nota kakiku 1 : minggu depan minggu pentaksiran. mudah2an semuanya berjalan dengan lancar.amin









Ramadhan yang dirindui

Alhamdulillah. Bermula harini masuknya bulan ramdhan yang dinantikan oleh umat islam seluruhnya. Bersyukur yang teramat sangat kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dibulan yang penuh keberkatan ini. Ramadhan tahun ni juga merupakan ramadhan kedua disambut tanpa kehadiran arwah adikku nur azizi. Pasti saat ini ibu di kampung menjadi orang yg paling merasai kehilangan anak lelaki kesayangannya..kesayangan kami sekeluarga juga.

Entri kali ni amat ringkas. Sekadar merenung kembali berapa banyak amalan yg telah dibuat. Bertanya2kan diri sendiri,mampukah aku menghabiskan 30 juzuk sendirian. Menilai seberapa banyak yang aku telah ketinggalan berbanding saudara seislam ku yg laju mengejar amal ibadah dan pahala buat bekalan di akhirat kelak. Ya Allah,betapa diriku ini masih rapuh, leka dengan kesibukan duniawi. Doaku mudah2an amalku diterima dan dosaku diampunkan. Amin.


Nota kakiku 1: malam ramadhan pertama diuji dengan keracunan makanan. Ulang alik masuk keluar tandas ,muntah2 ,pening dan mual. 

Nota kakiku 2 : bersahur dengan bancuhan esp shaklee serta sekeping roti. Alhamdulillah masih kuat walaupun kehilangan byk air. 


Rombongan sekinchan



Nak dijadikan cerita, semalam ni saya mengikuti rombongan cik kiah suami ke sekinchan selangor. Bersemangatlah kiranya para guru smk seri ampangan termasuk saya cikgu seremban jaya yang turut serta buat julung kalinya. Seawal 6.30 pagi da bertolak dari rumah,hantar anak rumah pengasuh dan kemudian tinggallah  kami berdua berdating umpama pasangan pengantin baru.

muka nampak glowingkan. Terima kasih shaklee, kini dah tak payah pakai mekap tebal. cukup krim tabir suria dan bedak compact je.

Pada awalnya, agak segan nak bergaul dengan cikgu2 sekolah encik suami. Adalah dua tiga orang cikgu senior menegur saya ni anak siapa? (tiba2 terasa awet muda..hihi) soalan yang sepatutnya ditanya saya ni wife siapa? bukannya saya ni anak siapa... ada juga yang bertanyakan umur. Sangkaan umur 20an tu membuatkan saya yg sudahpun berusia 30an ni kembang mambang. Bila dah ditanya,mulalah saya bukak cerita rahsia kelihatan muda biarpun dah berusia. Tentulah saya sebagai SID mesti cerita tentang produk shaklee yang saya amalkan. Alhamdulillah, berkongsi untuk mendapatkan kesihatan dalaman dan luaran semoga manfaat dapat dirasai bersama. Ada yang berminat dan saling menceritakan pengalaman masing2. Bermula dari cerita Alfalfa compleks sampailah ke ESP produk terhangat shaklee. Semuanya saya huraikan dengan ringkas namun padat satu persatu.


Baik, saya sambung cerita rombongan tadi, dalam perjalanan kami disajikan dengan juadah enak berupa karipap gergasi. Memang super besar. Saya teruja sebab bukan sahaja besar tapi intinya juga sedap.

memang besar tapi agak berminyak. takpe balik nanti saya telan alfalfa compleks untuk kawal kolestrol :)

saya makan separuh sebab kenyang,nasib baik ada orang sebelah tolong habiskan. Lepas je sarapan saya cepat2 telan
 b complex shaklee

Destinasi pertama kami ialah melawat ke kilang padi, sejujurnya saya teruja melihat sawah bendang. Kali terkhir saya melihatnya depan mata ketika saya belajar di uitm perak 5-6  tahun lepas. Masatu ada kawan yang duduk di kedah, rumahnya betul2 ditengah bendang. Sememangnya pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bila siang memang terasa panas,tetapi waktu malam sejuknya hingga menggigit tulang,tak payah pasang aircond dan merungut bil elektrik mahal. 


tercongok tepi tiang sebab tak larat hidu habuk dalam kilang padi.

Aktiviti rombongan tergendala kerana sebuah daripada 4 buah bas yang membawa kami rosak. Kami berehat sebentar sambil menunaikan solat di salah sebuah masjid di kampung sungai besar. Terpaksalah cikgu2 bas tersebut menumpang dalam mana2 tempat duduk bas lain yang kosong. Seterusnya kami dibawa ke tempat menjual kerepek. Bak kata kawan saya, kalau singgah di sini mesti borong kerepek.  Adalah 3 jenis yang saya beli. Krak-kruk2 mengunyah, habis mkn dalam bas je.

Sehingga pukul 5.30 petang kami di pekan sungai besar, kemudiannya kami bertolak solat maghrib di bukit melawati. Setelah menunggu bas siap dibaiki, kami meneruskan perjalanan untuk makan malam di restoran makanan laut aroma di Jeram. Sampai sahaja di sana jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Aduhai...masa tu selera makan sudah sampai tahap zero,lagi2 badan pun dah letih. makanan siap terhidang jam 10.30.


muka baru bangun tido, dalam dilema pikir sama ada nak makan atau terus tido je dalam bas.hihi.


Perjalanan yang panjang berakhir jam 2.30 pagi. Ada baiknya kami tak bawa anak. Rasa kasihan tengok anak rakan guru yang menangis merengek dalam bas akibat keletihan. 

Biarpon letih tapi tetap memberi pengalaman yang hebat. Banyak agenda lawatan tertunda akibat dari kejadian bas rosak yang tak disangka. Umpama drama rombongan cik kiah..akhirnya kami tetap tiba ke lokasi lawatan dan pulang selamat ke rumah. Alhamdulillah. 




nota kakiku 1: walaupun sibuk ikut rombongan, bisnes shaklee tetap berjalan macam biasa. Sesiapa yang rasa nak order boleh sms/pm/wassap 0127599429.

nota kakiku 2: terima kasih diucapkan pada encik suami sebab belanja makan. tak lupa juga buat guru-guru smk seri ampangan yang sporting dan tak sombong.