Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Kenangan Universal Studio Singapore

Assalamulaikum

Entri kali ni anak ain nak cerita tentang percutian ke Universal Studio Singapore. Bukan tahun ni mahupun tahun lepas tapi da bertahun sampai tak ingat tahun 2012 atau tahun 2011. Zaman pipi tembam dan badan bagai di pam-pam. Boleh dikatakan inilah percutian kedua anak ain ke luar negara bersama suami, walaupun Johor dengan Singapura yang memisahkan hanya tambak batu tu je, masa bujang mmg belum ada rezeki, lepas kahwin barulah dapat merasa.

yang tak tinggi itu aku
Rombongan  dengan menaiki bas persiaranke USS ni disertai oleh dua kumpulan guru. Seronoknya bila dapat join. Teruja nak naik roller coster hi-speed yang takde kat Malaysia. Eh... ke ada tapi anak ain tak tau. Yang di genting Highland dan di Berjaya Times Square anak ain da naik tp mmg takdela rasa nak putus nafas mcm naik roller coster kat USS ni. Memang laju giler hingga nak tercabut tudung. Tapi bukan semua roller coster di sini jenis hi-speed. Ada juga jenis yang sesuai dinaiki kanak-kanak.
sesuai untuk kanak-kanak termasuk mak dan bapak orang

 Tak semua jenis permainan anak ain dapat cuba. kebetulan pergi waktu cuti hujung minggu, jadi anak ain pilih beberapa jenis sahaja. Permainan pertama ialah roller coster depan istana Shrek, then masuk untuk tengok show 4D.



Dayang-dayang Shrek dengan Fiona


Lepas tengok show kat istana, kami ke roller coster The Mummy Returns. Fuhh...memang seronok sampai suami duduk kat sebelah sambil mengucap. Laju dan gelap gelita. Cuma dapat merasakan nafas tercungap dan dada naik turun. 


bergambo dengan dua pengawal gelap telinga panjang a.k.a anubis


Seterusnya kena beratur panjang untu ke roller coster 3D Transfomers. Yang ni pun antara faveret game pengunjung yang datang ke sini mesti tak melepaskan peluang naik roller coster ni. Sama jugak cuma kali ni sambil pakai cermin mata 3D. Kalu bukak spec pada anak ain mmg biasa je. Tak mencabar pun.hihi. berlagak... padahal sama cuak jugak.



tak serik lagi dia ni


Lepas tu kami main bot atas air pulak sebab nak bagi relaks kat urat-urat jantung yang rasa macam nak putus. Rasa tenang je naik bot kat Jurassic Park. Seharian kami di sini, pada waktu malamnya pula kami menikmati persembahan air berirama dan kemudian sampai semula ke johor tengah malam. Alhamdulillah, memang berbaloi.


nota kakiku 1 : anak ain akan update lagi beberapa percutian yang anak ain dah pergi. Kira lepas ni nak update entri berturut2.

nota kakiku 2 : akhir bulan mei tahun ni anak ain akan ke australia. Kali ni anak ain ke Gold Coast dan Brisbane. InshaAllah.