Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Rombongan sekinchan



Nak dijadikan cerita, semalam ni saya mengikuti rombongan cik kiah suami ke sekinchan selangor. Bersemangatlah kiranya para guru smk seri ampangan termasuk saya cikgu seremban jaya yang turut serta buat julung kalinya. Seawal 6.30 pagi da bertolak dari rumah,hantar anak rumah pengasuh dan kemudian tinggallah  kami berdua berdating umpama pasangan pengantin baru.

muka nampak glowingkan. Terima kasih shaklee, kini dah tak payah pakai mekap tebal. cukup krim tabir suria dan bedak compact je.

Pada awalnya, agak segan nak bergaul dengan cikgu2 sekolah encik suami. Adalah dua tiga orang cikgu senior menegur saya ni anak siapa? (tiba2 terasa awet muda..hihi) soalan yang sepatutnya ditanya saya ni wife siapa? bukannya saya ni anak siapa... ada juga yang bertanyakan umur. Sangkaan umur 20an tu membuatkan saya yg sudahpun berusia 30an ni kembang mambang. Bila dah ditanya,mulalah saya bukak cerita rahsia kelihatan muda biarpun dah berusia. Tentulah saya sebagai SID mesti cerita tentang produk shaklee yang saya amalkan. Alhamdulillah, berkongsi untuk mendapatkan kesihatan dalaman dan luaran semoga manfaat dapat dirasai bersama. Ada yang berminat dan saling menceritakan pengalaman masing2. Bermula dari cerita Alfalfa compleks sampailah ke ESP produk terhangat shaklee. Semuanya saya huraikan dengan ringkas namun padat satu persatu.


Baik, saya sambung cerita rombongan tadi, dalam perjalanan kami disajikan dengan juadah enak berupa karipap gergasi. Memang super besar. Saya teruja sebab bukan sahaja besar tapi intinya juga sedap.

memang besar tapi agak berminyak. takpe balik nanti saya telan alfalfa compleks untuk kawal kolestrol :)

saya makan separuh sebab kenyang,nasib baik ada orang sebelah tolong habiskan. Lepas je sarapan saya cepat2 telan
 b complex shaklee

Destinasi pertama kami ialah melawat ke kilang padi, sejujurnya saya teruja melihat sawah bendang. Kali terkhir saya melihatnya depan mata ketika saya belajar di uitm perak 5-6  tahun lepas. Masatu ada kawan yang duduk di kedah, rumahnya betul2 ditengah bendang. Sememangnya pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bila siang memang terasa panas,tetapi waktu malam sejuknya hingga menggigit tulang,tak payah pasang aircond dan merungut bil elektrik mahal. 


tercongok tepi tiang sebab tak larat hidu habuk dalam kilang padi.

Aktiviti rombongan tergendala kerana sebuah daripada 4 buah bas yang membawa kami rosak. Kami berehat sebentar sambil menunaikan solat di salah sebuah masjid di kampung sungai besar. Terpaksalah cikgu2 bas tersebut menumpang dalam mana2 tempat duduk bas lain yang kosong. Seterusnya kami dibawa ke tempat menjual kerepek. Bak kata kawan saya, kalau singgah di sini mesti borong kerepek.  Adalah 3 jenis yang saya beli. Krak-kruk2 mengunyah, habis mkn dalam bas je.

Sehingga pukul 5.30 petang kami di pekan sungai besar, kemudiannya kami bertolak solat maghrib di bukit melawati. Setelah menunggu bas siap dibaiki, kami meneruskan perjalanan untuk makan malam di restoran makanan laut aroma di Jeram. Sampai sahaja di sana jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Aduhai...masa tu selera makan sudah sampai tahap zero,lagi2 badan pun dah letih. makanan siap terhidang jam 10.30.


muka baru bangun tido, dalam dilema pikir sama ada nak makan atau terus tido je dalam bas.hihi.


Perjalanan yang panjang berakhir jam 2.30 pagi. Ada baiknya kami tak bawa anak. Rasa kasihan tengok anak rakan guru yang menangis merengek dalam bas akibat keletihan. 

Biarpon letih tapi tetap memberi pengalaman yang hebat. Banyak agenda lawatan tertunda akibat dari kejadian bas rosak yang tak disangka. Umpama drama rombongan cik kiah..akhirnya kami tetap tiba ke lokasi lawatan dan pulang selamat ke rumah. Alhamdulillah. 




nota kakiku 1: walaupun sibuk ikut rombongan, bisnes shaklee tetap berjalan macam biasa. Sesiapa yang rasa nak order boleh sms/pm/wassap 0127599429.

nota kakiku 2: terima kasih diucapkan pada encik suami sebab belanja makan. tak lupa juga buat guru-guru smk seri ampangan yang sporting dan tak sombong.