Assalamualaikum Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words. May Allah bless you. Reminder
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine |
Kekasih Allah Salam Malidur Rasul...post aku kali nie adalah tentang junjungan besar nabi Muhammad SAW. Di sini aku sertakan sekali sirah kelahiran rasulullah sempena mengingati hari kelahiran baginda... KELAHIRAN RASULULLAH Mereka berusaha mencari. Akhirnya setelah mengelilingi timur dan barat, sampailah mereka ke Kota Mekah. Di sana mereka melihat Nabi Muhammad SAW sedang dikelilingi oleh para malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga naik ke langit, sedangkan malaikat-malaikat itu saling memberi ucapan selamat dan sejahtera antara satu dengan lain. Kemudian, pulanglah syaitan-syaitan itu menghadap kepada Iblis, sambil menceritakan semua apa yang telah mereka lihat. Maka Iblis pun berkata: “Telah lahir ‘ayatul alam’ dan rahmat bagi Bani Adam, kerana itulah kamu semua telah dicegah untuk naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya.” Kabul Akhbar ra. berkata: Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa Allah SWT mengkhabarkan kaum Musa as. tentang saat kelahiran Nabi Muhammad SAW, ia berkata “Sesungguhnya bintang keadaanya tetap yang kamu ketahui itu bila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah telah lahir”. Ketika Rasulullah SAW lahir, bintang itupun bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semuanya mengetahui bahawa Rasulullah yang diberitakan Allah itu telah lahir ke dunia, namun mereka rahsiakan, disebabkan rasa dengki di hati mereka. Dan Allah juga telah memberitahukan kepada kaum Isa a.s. di dalam kitab Injil, bahawasanya apabila pokok tamar yang kering menjadi subur, berdaun dan berbuah. Melihat peristiwa itu, orang-orang Nasrani pun mengetahui bahawa Rasul yang dijanjikan dalam Kitab Injil itu telah lahir ke dunia. Tetapi peristiwa tersebut dirahsiakan, disebabkan kedengkian mereka juga. Di dalam Kitab Zabur pun Allah SWT membeitahu, bahawa apabila mata air yang telah mereka kenal itu mengeluarkan air, maka tandanya Rasul yang dijanjikan kepada mereka muncul di permukaan bumi. Maka tepat pada masa Rasulullah dilahirkan, maka mata air itupun mengeluarkan air yang melimpah ruah. Mereka pun mengetahui akan kejadian itu, namun kerana kedengkian mereka, berita itupun mereka rahsiakan. Halimah, ibu susuan Nabi Muhammad sebelum ia menyusukan Rasulullah, salah satu susunya tidak mengeluarkan air susu. Namun ketika ia letakkan susunya itu ke mulut Rasulullah, saat itu juga keluar air susu Halimah. Ketika Rasulullah SAW telah dilahirkan, terdengarlah suara dari sudut-sudut Kaabah. Dari sudut pertama: “Telah datang kebenaran Islam, dan kebatilan tidak akan datang lagi.” Dari sudut kedua: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu. Amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.” Dari sudut ketiga: “Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah dan kitab (Al-Quran) yang menerangkan.” Dari sudut keempat: “Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutuskan untuk menjadikan saksi, dan pembawa khabar berita gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang terang.” Diriwayatkan bahawa Abdul Muthalib berkata: “Ketika aku sedang berada di Kaabah yang dipenuhi berhala itu, tiba-tiba berhala itu jatuh dari tempat-tempatnya dan sujud kepada Allah. Dan aku terdengar suara dari dinding Kaabah mengatakan “Telah lahir Nabi pilihan yang akan membinasakan orang-orang kafir dan akan mensucikan aku dari berhala-berhala ini, dan aku memerintahkan kepada penyembahan Yang Maha Mengetahui.” Ya Rasulullah Ya Habib Allah Ya Rasulullah Sedih dan pilu mengenangkan Disaat umat kehilangan dirimu yang mulia Kau diberi pilihan untuk kekal di dunia Namun kau tekad memilih Untuk bersama Yang Esa Dan mereka yang diberi nikmat Ya Rasulullah Tiada mungkin ku lupakan Pesanan mu yang terakhir Buat muslimin dan muslimat Istiqamah dalam menunaikan solat Istiqamah dalam menunaikan solat Pemergianmu amat sukar diterima Sedang para sahabat sukar menelannya Inilah hakikat yang kekal Buat selama lamanya Setiap yang hidup Pastikan merasai kematian Ya Rasulullah Ya Habib Allah Kau serahkan segala Demi islam tercinta Rela dirimu terkorban Dan jiwa menderita Jikalau tidak kerana segala jasa-jasamu Tidak akan terpancar nur islam Di hati sanubari Dikaulah pejuang yang disegani Walau kini kau tiada Dirimu tetap dijiwa Kaulah Rasulullah Yang agung Ya Habib Allah Pesuruh Allah Kekasih Allah Jikalau engkau sembah Muhammad Diakan pergi Jikalau engkau menyembah Allah,Dia abadi.. Labels: Tazkirah |