Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Mahu hidup 100 tahun lagi?

    Btul ke nak hidup sampai umur 100 tahun? kadang2 bila pikir macam mustahil paling lewat pon menjangkau umur 80 tahun shj. Tapi mmg ada org yg dipanjangkan umurnya hingga 100 tahun dan kalau nak kiterpon le hidup sampai 100 thn (insyallah doala semoga Tuhan panjgkan umur kita utk kebaikan). Info nie aku dpt hasil daripada pembacaanku , menurut Dr. A. Schindler dalam bukunya How To Live 365 Days A Year telahpun menggariskan bbrp tips yg perlu diamalkan untuk mencapai tujuan tersebut. Jom kiter lihat tips2 hasil daripada kajiannya:
  • Jaga Kesihatan : Yg ni paling penting kerana penyakit sentiasa ada. Mencegah lebih baik dari mengubati. Pastikan tubuh badan kita mendapat rehat yg secukupnya dan jgn lupa bersenam! 
  • kata anak ain:(bab bersenam ni aku pon slalu terlupa dan malas skit nak buat, paling takpon buat sit-up jer stiap kali bgn tdo , hehehe)
  • Cintai Kerjaya anda : Bercintalah dgn kerja kita spt kite mencintai psgn kite. Elakkan tekanan walaupun bebanan kerja yg byk. Stlh bercinta dgn keje pastinya hilang tekanan dan tmpt kerja jd tempt plg menghiburkan. 
  • kata anak ain: (nampaknya pasni kenalah aku menduakan suamiku dan bercintan cintun dgn kerja)
  • Kawal perasaan anda: Jgn terlalu emosional,apalagi membiarkan emosi org lain mempengaruhi mood kiter. 
  • kata anak ain: (yerla kadang sbb org lain buat hal kiter pun terbabit nak emo sama,hrp2 le la elak pasni)
  • Mempunyai hobi yg menghiburkan: Jadikan hobi itu menyeronokkan, 'hidup' dan menyebabkan kiter mahu hidup lama sbb nak lakukan hobi tersebut.
  • kata anak ain: ( Hobi aku main intenet ,slagi ade internet dan laptop yg best mungkin aku akan trus 'hidup')
  • Belajar untuk sentiasa berpuas hati dgn dri sendiri: Setiap org ada kelemahan dan kekuatannya sndri. Tiada siapa pun yg sempurna dan stiap org perlukan msa utk belajar.
  • kata anak ain: (tula kadang2 de gak rasa nape aku tak cam org lain ek,slim jer, mkn byk camne pon slim, aku plak kena kawal mkn lau nak slim shaddy,takpela pasni aku trima diri aku yg sedang2 nie..tp ada gak niat nak slim...kena usha masa bulan pose nie..)
  • Hiduplah secara sederhana: Perhatikan  perkara2 kecil yg berlaku disekeliling kite. Jgn sesekali abaikannya krn yg kecil tu slalunya akan menjadi besar. Pastikan perkarakecil tu sentiasa dlm kwln kiter.
  • Kata anak ain(ada gak btulnya,bergantung pd persepsi masing2la tentang ape yg 'kecil' dan apa yg 'bsr 'tue)
  • Sukailah orang lain: sayangi ahli kluarga, kwn dan jiran2. Jgn kite asyik lihat keburukan mereka saje. Terima seadanya dan wujudkan suasana yg baik. Berboraklah. Mereka akan rasa lebih dihargai.
  • Kata anak ain:(yg ni tak jadi mslh,aku mmg suke dgn sesape sajer kecuali penjenayah,zionis dan sewaktu dgnnya,cuma takut org tak suker aku la plak.)
  • Ucaplah kata2 yg baik dan melunakkan:Kata2 yg lahir dr bibir melambangkan dri anda yg sebenar  Lagipun, buat apa mengeluarkan kata2 yg buruk sedangkan ia tak memberi faedah skitpon.
  • Kata anak ain: ( mmg btul,dr kecik mmg da kena didik,lau tak membawa ke bsr mencarut yg bukan2,pelikla org camni)
  • Hadapilah cabaran dan dugaan dgn hati yg terbuka: Itulah warna-warni kehidupan. Tabah dalam menhadapi hari yg sukar. Terima takdir dgn redha.
  • kata anak ain: (seharusnya aku bertenang dan sabar selalu, aku mengharap  dugaan yg Tuhan beri ini dibalas dgn nikmat kegembiraan yg tak terhingga,insyallah)
  • Elakkan pertelingkahan : Kadang2 kiter kurang sabar dgn karenah org lain dan tanpa sedar, barangkali karenah kiter juga boleh menimbulkan kemarahan pihak lain. Jauhi dendam. Elak bertengkar jika tidak diri sendiri akan rugi.
  • Kata anak ain: (Walaupun kadang2 rasa nak marah jer tp nasib baik aku cuba bersabar n marah dlm hati jer. Bukan ape, lau mrhpun nant diri sendiri rasa bersalah, tak tenang, tu yg pendek umur tue)
  • Fikiran dan sikap yg positif: Banyak perkara yg berlaku ke atas kite stiap hari. Ada yg baik ada yg buruk. Tidak kira bagaimana tanggapan kite terhadap perkara tersebut, ambillah sbgai perangsang utk berjaya pd hari seterusnya.
  • Kata anak ain: (Harap stiap hari berlakulah perkara yg baik dan cuba elakkan yg buruk2 tu)
  • Jadilah perancang yang baik: Stiap org memerlukan asas psikologi yg baik utk memulakan sesuatu yg baru. Jadi mulakanlah ia dgn pnuh semangat.
  • Kata anak ain: ( Yelah,kadang2 nak mulakan hr Isnin minggu yg baru pun tak bersemangat, tu nak buat camne tue, seronok sgt dgn hari ahad la tuh)
  • Jauhi sifat dengki:  Kalau lihat org lain berjaya, bergembiralah seolah2 kitelah org yg berjaya tu. jgn sesekali berasa benci dan merosakkan kejayaan mereka.
  • kata anak ain: ( mmg masalh lau jadi pendengki ni, tp jeles dlm diam2 tu bolela kot,kemudian berusaha utk memperoleh kejayaan jugak, semua mesti secara sihat)
  • Kawal makan: Jgn makn lebih2. Makan berlebihan hanya akan mengundang penyakit dan menyebab kan cita2 utk hidup selama 100 thn tinggal angan2.
  • Kata anak ain: (yg ni mmg sesuaila sgt, lgi2 bulan puasa ni, masaa berbuka semua pakat2 makan sampai tak ingat esok masih ada hari lagi, nasib baik prut aku takle nak masuk byk sgt mknan,lau byk sgt nanti bole muntah,so mmg akupun dpt kawal makn. 
  • Satu lagi aku nak tambah yg xde dlm buku iaitu ' Doa' nie la senjata terhebat umat Islam, jgn putus berdoa supaya dipanjangkan umur kiter untuk melakukan kebaikan.
Jadi bagaimana? agak2 pasni ada tak antara kiter yg nak hidup selama 100 tahun..lau ada cubala amalkan tips2 di atas.

    Labels: