Owner Post Them Follow Dash



Pretty Heart
pretty heart;

Assalamualaikum

 photo 0bc7b827-0e82-48dc-acdc-b053905d2922.jpg
Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words. May Allah bless you.

Reminder

⊰Say Alhamdulillah!⊱
Oh Allah. Do not attach my heart, to what written to be mine
[you may lost all you have,you may lose the people you love,but as long as you still have ALLAH, you have all you need]
[i love Islam]


Say:Alhamdulillah say : Allahuakbar Create life that feel goods on the inside

Berbuat BAIK kepada ORANG LAIN



Ketika membelek majalah kegemaranku Dara.Com tertarik sekali aku pada kolum sirah pilihan. Memandangkan hari ini aku mendapat komen yang kurasa berunsur makian,jadi aku rasa penting bagiku untuk muhasabah diri. Komen yang dibuat menyedarkan aku, manusia diciptakan dengan pelbagai sifat,emosi dan personaliti. Ada yang baik tapi tak kurang pula yg sebaliknya. Insan kerdil sepertiku harus berfikir bagaimana nak membalas sesuatu perbuatan atau kata2 itu dgn memilih sama ada keburukan atau kebaikan. Kadang2 terdetik dihati" balas saje, biar setimpal".Tertanya aku"adakah dgn membalas balik buat aku rasa puas hati atau boleh buat mereka rasa bersalah.Ternyata Moral Sirah yang aku dapati berjaya menghuraikannya.

" Rasulullah SAW pernah bersabda daripada Abu Hurairah r.a maksudnya: Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya.(Sahih Muslim)"

Alangkah baiknya andai aku mencontohi sikap dan peribadi rasullullah yg mulia. Bukankah aku ni sebahagian daripada umatnya yg masih lagi diberi kesempatan menghirup udara di bumi bertuah ciptaan Allah ini. Mudah-mudahan aku tergolong antara umat rasullullah yg sentiasa mendapat rahmat dan hidayat dari-Nya.Amin.

Labels: